{"id":1036,"date":"2021-05-15T09:47:07","date_gmt":"2021-05-15T09:47:07","guid":{"rendered":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/?p=1036"},"modified":"2021-05-15T09:55:55","modified_gmt":"2021-05-15T09:55:55","slug":"indu-bantang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/","title":{"rendered":"<em>Indu&#8217; Bantang<\/em>"},"content":{"rendered":"\n<p id=\"block-28ddfa87-2a78-4d3e-bb84-64ae82965740\"><em><em>Nurulain Nabihah membincangkan pengalamannya sebagai penari dalam <\/em>I<\/em>ndu&#8217; Bantang<em> <em>dan seterusnya merenungkan peranan wanita dalam masyarakat.<\/em><\/em><\/p>\n\n\n\n<!--more-->\n\n\n\n<div data-carousel-extra='{\"blog_id\":1,\"permalink\":\"https:\\\/\\\/langkah.mydancealliance.org\\\/bm\\\/indu-bantang\\\/\"}' style=\"height:40px\" aria-hidden=\"true\" class=\"wp-block-spacer\"><\/div>\n\n\n\n<p>RESTAR \u201820, atau Resital Akhir Tari, merupakan satu kursus praktikal yang mewajibkan pelajar-pelajar tahun akhir program Diploma Tari merancang, menyelaras, mempersembah dan menstrukturkan satu pementasan tari. Pelaksanaan pengurusan projek akhir, sebuah persembahan kumpulan, telah dikendalikan oleh para pelajar sendiri. Saya mempersembahkan <em>Indu \u2019Bantang<\/em>, satu hasil koreografi daripada Albert Sigan anak Saliman. Karya ini adalah diilhamkan oleh <em>indu\u2019 bantang<\/em>, seorang yang mempunyai kedudukan yang tertinggi di kalangan wanita Iban. Albert ingin menghasilkan koreografi karya tersebut kerana peranan <em>indu\u2019 bantang<\/em> telah dilupai hari ini \u2014 Albert ingin menghidupkan kembali budayanya, serta ingin memberi kehormatan kepada mendiang neneknya, yang juga merupakan seorang <em>indu\u2019 bantang<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam hasil karya tersebut, Albert mengambil keputusan untuk fokus kepada ciri-ciri kewanitaan Iban dan proses pemilihan pemimpin di kalangan mereka. Secara tradisional, seseorang yang berpotensi menjadi <em>indu\u2019 bantang<\/em> wajib berjumpa dengan <em>indu bantang<\/em> yang lain dan menyambutnya di rumah panjangnya dengan hadiah. <em>Indu\u2019 bantang<\/em> akan bertanya kepada calon mengenai kemahirannya, dan memeriksa bagaimana calon berjalan, bertutur dan berpakaian (secara tradisional, semakin pendek skirt seseorang wanita, semakin tinggi status sosialnya). Sekiranya <em>indu\u2019 bantang<\/em> mengesan potensi seseorang calon, calon itu akan tinggal bersamanya untuk mempelajari hukum-hukum Iban dan belajar bagaimana menenun <em>puak kumbu<\/em>, kain suci yang digunakan dalam kebanyakan acara di komunitinya. Setelah calon menguasai semua kemahiran, satu corak tatu yang dikenali sebagai <em>pala tumpa<\/em> akan tercacah di tangannya. <em>Indu\u2019 bantang<\/em> kemudian akan bertanggung jawab untuk menjaga kampungnya \u2013 menjatuhkan keputusan dalam kes jenayah seperti pencurian, menjelaskan undang-undang dalam kes perceraian, atau mengadakan ritual untuk meminta hujan ketika musim kemarau. Hanya terdapat satu atau dua <em>indu\u2019 bantang<\/em> di dalam sebuah kampung dan bukan semua kampung mempunyai <em>indu\u2019 bantang<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Karya <em>Indu\u2019 Bantang<\/em> menggabungkan motif pergerakan daripada aksi tenunan <em>puak kumbu<\/em>. Setelah memahami motif utama, Albert meminta kami supaya mengembangkannya dan menghasilkan pergerakan tenunan itu. Karya ini juga memberi peluang kepada saya untuk mendalami pemaparan seseorang <em>indu\u2019 bantang<\/em>, untuk belajar dan mengalami bagaimana rasanya menjadi seorang <em>indu\u2019 bantang<\/em>. <em>Indu\u2019 Bantang<\/em> merupakan salah satu karya tari kegemaran saya kerana ia melambangkan kepimpinan wanita. Tambahan pula semua penari karya tersebut adalah wanita, ini adalah seronok sekali kerana dapat menari dengan rakan-rakan wanita saya dan merasakan atmosfera feminin kuat yang menggetarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahagian yang paling sukar dan menakutkan dalam persembahan ini adalah ketika saya harus menari di atas satu platform yang bergerak. Setiap platform dipasangkan dengan roda, dan juga satu skrin putih pada salah satu sisinya. Semua platform ditolak oleh pelajar lelaki, namun kami penari wanita yang selalunya hilang keseimbangan telah menyebabkan pelajar lelaki tidak dapat melihat arah tuju mereka. Berat penari pula menyebabkan platform sukar untuk dikawal. Ini mengecewakan kami semua. Semasa pratonton kedua, kami telah gagal mempersembahkan bahagian platform ini dengan baik. Ia merupakan satu kehancuran. Pensyarah kami kecewa. Mereka tidak bersetuju dengan manipulasi platform tersebut dan meminta Albert supaya mempertimbangkannya semula.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, Albert telah menunjukkan bahawa dia adalah seorang pemimpin yang teguh dan berani, dengan matlamat yang jelas. Beliau telah merancang untuk menggunakan platform selama berbulan-bulan dan beliau mempercayai bahawa kami boleh menghasilkan gambarannya. Oleh itu, beliau memutuskan untuk mengambil risiko untuk terus menggunakannya. Setelah latihan dan perbincangan berbulan-bulan, akhirnya kami memperolehi cara yang sesuai untuk bermain dengan platform. Saya telah menemui kaedah untuk mengekalkan keseimbangan saya: selalu berdiri dengan aras rendah, membengkokkan lutut sedikit serta meletakkan kaki saya di sisi platform untuk memberi sokongan tambahan kepada diri saya. Pensyarah kami akhirnya berasa senang hati dan membenarkan kegunaan platform.<\/p>\n\n\n\n<p>Semasa dalam pengkaryaan, kami juga mempunyai contoh kepemimpinan wanita dalam bentuk pengarah kami, iaitu rakan pelajar bernama Lina. Beliau telah banyak berusaha untuk produksi kami, termasuk membantu ahli jawatankuasa mencari jalan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Semasa proses penghasilan produksi, setiap kami masing-masing mempunyai banyak tugasan dan kami semua adalah amat tertekan, maka berlakunya banyak kejadian ketegangan dan pertengkaran di kalangan kami. Pada satu hari, Lina mengumpulkan kami dalam satu bulatan yang besar dan memberi peluang kepada kami supaya meluahkan perasaan dan bersikap jujur di \u200b\u200bantara satu sama lain. Ada yang menjerit, ada yang menangis, ada yang menyindir sementara ada yang menyalahkan orang lain. Lina tetap bertenang dan menenteramkan mereka yang melepaskan kemarahan. Selepas kejadian yang tegang ini, semua orang terdiam \u2013 mungkin mereka berasa lega kerana telah melepaskan perasaan yang disimpankan sekian lama. Kemudian ia seperti magis. Setiap kami tiba-tiba meminta maaf dan memeluk satu sama lain seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku. Hanya melalui sesi peluahan dalam bulatan yang mudah, kami menjadi rakan kembali. Sekiranya semua orang terus bertengkar sepanjang masa, produksi tersebut akan hancur sepenuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Daripada apa yang saya perhatikan, kedua-dua Lina dan Albert mempunyai gaya kepemimpinan yang tersendiri. Albert ialah pemimpin yang berorientasikan matlamat, yakin dan memiliki motivasi diri yang tinggi untuk berjaya, manakala Lina berkecenderungan untuk memimpin melalui komunikasi, fokus dalam membangunkan hubungan yang kukuh, membantu mereka yang memerlukannya serta memastikan rangkaian pasukan yang baik. Kedua-dua gaya itu adalah berkesan, tetapi untuk situasi yang berbeza. Albert adalah yakin dengan matlamatnya, dan pendekatannya boleh digunakan untuk memperolehi kepercayaan seseorang. Sebaliknya, pendekatan Lina boleh digunakan untuk membina kerja berpasukan dan meningkatkan komunikasi di antara orang.<\/p>\n\n\n\n<p>Satu lagi bahagian yang mencabarkan dalam projek ini adalah menyampaikan mesej emosi yang tepat. Para pensyarah kami sering memaklumkan kami bahawa kami tidak cukup dalam menunjukkan emosi yang mendalam. Penyampaian emosi seolah-olah ia mudah, tetapi ia adalah sukar bagi saya. Koreografer ingin menunjukkan keanggunan seorang wanita dan ketegasan seorang pemimpin sebagai seorang yang sangat rendah diri. Saya keliru, dan kami menjadi kecewa kerana sudut pandangan daripada setiap kami adalah berbeza. Akhirnya, saya dan penari lain menjumpai satu video tari kontemporari di YouTube mengenai bos wanita. Kandungan emosi video ini adalah seperti yang diinginkan oleh koreografer kami \u2013 senyuman yang ringan dikontraskan dengan pandangan yang tajam ke arah penonton. Kami kemudian menyalurkan emosi berdasarkan video tersebut untuk disesuaikan lagu persembahan <em>Indu\u2019 Bantang<\/em>. Dengan merasai muziknya, saya mula membayangkan bahawa saya benar-benar seorang <em>indu\u2019 bantang<\/em>. Saya mula merinding. Penari-penari wanita yang lain turut merasai perkara yang sama \u2013 kami tahu bahawa kami telah melakukannya dengan betul.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai seorang wanita moden, saya berasa <em>indu\u2019 bantang<\/em> merupakan satu contoh teladan baik yang dapat membuka mata semua orang untuk menyedari hakikat bahawa wanita mampu melakukan apa sahaja, dan bukan hanya kerja rumah atau urusan keluarga sahaja. <em>Indu\u2019 bantang<\/em> bukan hanya mahir dalam menghasilkan <em>puak kumbu<\/em>, beliau sememangnya boleh menyelesaikan setiap masalah di komunitinya. Saya diinspirasikan untuk menjadi seperti <em>indu\u2019 bantang<\/em> \u2013 seorang wanita yang boleh memimpin dan menolong ramai orang, seorang wanita yang memiliki standard, seorang wanita yang dihormati dan dikagumi. Mempersembahkan repertoir ini menyebabkan saya bangga sebagai seorang wanita dan ia telah meningkatkan keyakinan diri saya untuk menjadi seorang pemimpin. Saya selalu berfikir bahawa menjadi pemimpin adalah mustahil bagi saya, namun simbol bentuk <em>indu\u2019 bantang<\/em> memberi keberanian kepada saya untuk mencuba.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebilangan besar wanita mempunyai kemampuan untuk menjadi pemimpin yang hebat, tetapi mereka tidak diberi peluang hanya kerana gender mereka. Saya rasa dunia ini memerlukan lebih ramai pemimpin wanita kerana kita semua adalah sama rata. Gender bukan satu kelayakan yang penting untuk kepemimpinan \u2013 malah kemahiran dan sensitiviti seseorang pemimpin seharusnya dijadikan keutamaan.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<div data-carousel-extra='{\"blog_id\":1,\"permalink\":\"https:\\\/\\\/langkah.mydancealliance.org\\\/bm\\\/indu-bantang\\\/\"}' class=\"wp-block-jetpack-tiled-gallery aligncenter is-style-rectangular\"><div data-carousel-extra='{\"blog_id\":1,\"permalink\":\"https:\\\/\\\/langkah.mydancealliance.org\\\/bm\\\/indu-bantang\\\/\"}' class=\"tiled-gallery__gallery\"><div data-carousel-extra='{\"blog_id\":1,\"permalink\":\"https:\\\/\\\/langkah.mydancealliance.org\\\/bm\\\/indu-bantang\\\/\"}' class=\"tiled-gallery__row\"><div data-carousel-extra='{\"blog_id\":1,\"permalink\":\"https:\\\/\\\/langkah.mydancealliance.org\\\/bm\\\/indu-bantang\\\/\"}' class=\"tiled-gallery__col\" style=\"flex-basis:26.67159%\"><figure class=\"tiled-gallery__item\"><img decoding=\"async\" data-attachment-id=\"1039\" data-permalink=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/picture5\/\" data-orig-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture5.jpg\" data-orig-size=\"1280,960\" data-comments-opened=\"0\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;1593957390&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"\" data-image-description=\"&lt;p&gt;&lt;em&gt;[Belakang]&lt;\/em&gt; Juliana Ivy Richard, &lt;em&gt;[tengah, kiri to kanan]&lt;\/em&gt; Ainul Wahida Abdul Rahman, Situ Aishah Mustapha Kamal, Thareshinyi Rames, Elyssa Diadra Kein, Nina Qistina Badrul Hisham, Angelica Surin @ Rudolf, dan &lt;em&gt;[depan]&lt;\/em&gt; Lina Nabilah Mohd Saab berlatih untuk &lt;em&gt;Indu&#8217; Bantang&lt;\/em&gt;, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, 15 Januari 2020. \u00a9 Malek Sulamin&lt;\/p&gt;\n\" data-image-caption=\"\" data-medium-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture5-744x558.jpg\" data-large-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture5-1200x900.jpg\" data-attachment-id=\"1039\" data-permalink=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/picture5\/\" data-orig-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture5.jpg\" data-orig-size=\"1280,960\" data-comments-opened=\"0\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;1593957390&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"\" data-image-description=\"&lt;p&gt;&lt;em&gt;[Belakang]&lt;\/em&gt; Juliana Ivy Richard, &lt;em&gt;[tengah, kiri to kanan]&lt;\/em&gt; Ainul Wahida Abdul Rahman, Situ Aishah Mustapha Kamal, Thareshinyi Rames, Elyssa Diadra Kein, Nina Qistina Badrul Hisham, Angelica Surin @ Rudolf, dan &lt;em&gt;[depan]&lt;\/em&gt; Lina Nabilah Mohd Saab berlatih untuk &lt;em&gt;Indu&#8217; Bantang&lt;\/em&gt;, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, 15 Januari 2020. \u00a9 Malek Sulamin&lt;\/p&gt;\n\" data-image-caption=\"\" data-medium-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture5-744x558.jpg\" data-large-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture5-1200x900.jpg\" srcset=\"https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture5.jpg?strip=info&#038;w=600&#038;ssl=1 600w,https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture5.jpg?strip=info&#038;w=900&#038;ssl=1 900w,https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture5.jpg?strip=info&#038;w=1200&#038;ssl=1 1200w,https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture5.jpg?strip=info&#038;w=1280&#038;ssl=1 1280w\" alt=\"\" data-height=\"960\" data-id=\"1039\" data-link=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/picture5\/\" data-url=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture5.jpg\" data-width=\"1280\" src=\"https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture5.jpg?ssl=1\" data-amp-layout=\"responsive\"\/><\/figure><\/div><div data-carousel-extra='{\"blog_id\":1,\"permalink\":\"https:\\\/\\\/langkah.mydancealliance.org\\\/bm\\\/indu-bantang\\\/\"}' class=\"tiled-gallery__col\" style=\"flex-basis:13.42816%\"><figure class=\"tiled-gallery__item\"><img decoding=\"async\" data-attachment-id=\"1040\" data-permalink=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/picture1\/\" data-orig-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture1.jpg\" data-orig-size=\"1367,2048\" data-comments-opened=\"0\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;ainbihah911&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;{\\&quot;subsource\\&quot;:\\&quot;done_button\\&quot;,\\&quot;uid\\&quot;:\\&quot;3E1FB5F8-0318-4C3A-8B97-4C1333938946_1593402859377\\&quot;,\\&quot;source\\&quot;:\\&quot;other\\&quot;,\\&quot;origin\\&quot;:\\&quot;gallery\\&quot;,\\&quot;source_sid\\&quot;:\\&quot;3E1FB5F8-0318-4C3A-8B97-4C1333938946_1593402859464\\&quot;}&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;1593431754&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;1&quot;}\" data-image-title=\"\" data-image-description=\"&lt;p&gt;&lt;em&gt;[Kiri ke kanan]&lt;\/em&gt; Danish Aida Anwar Wajdi, Aurelia Vanessa Clement, dan Nurulain Nabihah dalam &lt;em&gt;Indu&#8217; Bantang&lt;\/em&gt; di Panggung Budaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, 22 Februari 2020. \u00a9 Malek Sulamin&lt;\/p&gt;\n\" data-image-caption=\"\" data-medium-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture1-744x1115.jpg\" data-large-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture1-1200x1798.jpg\" data-attachment-id=\"1040\" data-permalink=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/picture1\/\" data-orig-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture1.jpg\" data-orig-size=\"1367,2048\" data-comments-opened=\"0\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;ainbihah911&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;{\\&quot;subsource\\&quot;:\\&quot;done_button\\&quot;,\\&quot;uid\\&quot;:\\&quot;3E1FB5F8-0318-4C3A-8B97-4C1333938946_1593402859377\\&quot;,\\&quot;source\\&quot;:\\&quot;other\\&quot;,\\&quot;origin\\&quot;:\\&quot;gallery\\&quot;,\\&quot;source_sid\\&quot;:\\&quot;3E1FB5F8-0318-4C3A-8B97-4C1333938946_1593402859464\\&quot;}&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;1593431754&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;1&quot;}\" data-image-title=\"\" data-image-description=\"&lt;p&gt;&lt;em&gt;[Kiri ke kanan]&lt;\/em&gt; Danish Aida Anwar Wajdi, Aurelia Vanessa Clement, dan Nurulain Nabihah dalam &lt;em&gt;Indu&#8217; Bantang&lt;\/em&gt; di Panggung Budaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, 22 Februari 2020. \u00a9 Malek Sulamin&lt;\/p&gt;\n\" data-image-caption=\"\" data-medium-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture1-744x1115.jpg\" data-large-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture1-1200x1798.jpg\" srcset=\"https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture1.jpg?strip=info&#038;w=600&#038;ssl=1 600w,https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture1.jpg?strip=info&#038;w=900&#038;ssl=1 900w,https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture1.jpg?strip=info&#038;w=1200&#038;ssl=1 1200w,https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture1.jpg?strip=info&#038;w=1367&#038;ssl=1 1367w\" alt=\"\" data-height=\"2048\" data-id=\"1040\" data-link=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/picture1\/\" data-url=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture1.jpg\" data-width=\"1367\" src=\"https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture1.jpg?ssl=1\" data-amp-layout=\"responsive\"\/><\/figure><\/div><div data-carousel-extra='{\"blog_id\":1,\"permalink\":\"https:\\\/\\\/langkah.mydancealliance.org\\\/bm\\\/indu-bantang\\\/\"}' class=\"tiled-gallery__col\" style=\"flex-basis:29.95012%\"><figure class=\"tiled-gallery__item\"><img decoding=\"async\" data-attachment-id=\"1041\" data-permalink=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/picture3\/\" data-orig-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture3.jpg\" data-orig-size=\"2048,1367\" data-comments-opened=\"0\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;1593431603&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;1&quot;}\" data-image-title=\"\" data-image-description=\"&lt;p&gt;&lt;em&gt;[Kiri ke kanan]&lt;\/em&gt; Lina Nabilah Mohd Saab, Siti Aishah Mustapha Kamal, Nina Qistina Badrul Hisyam, Danish Aida Anwae Wajdi, Angelica Surin @ Rudolf, Ainul Wahida Abdul Rahman, dan Aurelia Vanessa Clement dalam &lt;em&gt;Indu&#8217; Bantang&lt;\/em&gt; di Panggung Budaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, 21 Februari 2020. \u00a9 Malek Sulamin&lt;\/p&gt;\n\" data-image-caption=\"\" data-medium-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture3-744x497.jpg\" data-large-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture3-1200x801.jpg\" data-attachment-id=\"1041\" data-permalink=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/picture3\/\" data-orig-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture3.jpg\" data-orig-size=\"2048,1367\" data-comments-opened=\"0\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;1593431603&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;1&quot;}\" data-image-title=\"\" data-image-description=\"&lt;p&gt;&lt;em&gt;[Kiri ke kanan]&lt;\/em&gt; Lina Nabilah Mohd Saab, Siti Aishah Mustapha Kamal, Nina Qistina Badrul Hisyam, Danish Aida Anwae Wajdi, Angelica Surin @ Rudolf, Ainul Wahida Abdul Rahman, dan Aurelia Vanessa Clement dalam &lt;em&gt;Indu&#8217; Bantang&lt;\/em&gt; di Panggung Budaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, 21 Februari 2020. \u00a9 Malek Sulamin&lt;\/p&gt;\n\" data-image-caption=\"\" data-medium-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture3-744x497.jpg\" data-large-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture3-1200x801.jpg\" srcset=\"https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture3.jpg?strip=info&#038;w=600&#038;ssl=1 600w,https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture3.jpg?strip=info&#038;w=900&#038;ssl=1 900w,https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture3.jpg?strip=info&#038;w=1200&#038;ssl=1 1200w,https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture3.jpg?strip=info&#038;w=1500&#038;ssl=1 1500w,https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture3.jpg?strip=info&#038;w=1800&#038;ssl=1 1800w,https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture3.jpg?strip=info&#038;w=2000&#038;ssl=1 2000w\" alt=\"\" data-height=\"1367\" data-id=\"1041\" data-link=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/picture3\/\" data-url=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture3.jpg\" data-width=\"2048\" src=\"https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture3.jpg?ssl=1\" data-amp-layout=\"responsive\"\/><\/figure><\/div><div data-carousel-extra='{\"blog_id\":1,\"permalink\":\"https:\\\/\\\/langkah.mydancealliance.org\\\/bm\\\/indu-bantang\\\/\"}' class=\"tiled-gallery__col\" style=\"flex-basis:29.95012%\"><figure class=\"tiled-gallery__item\"><img decoding=\"async\" data-attachment-id=\"1042\" data-permalink=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/picture4\/\" data-orig-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture4.jpg\" data-orig-size=\"2048,1367\" data-comments-opened=\"0\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;1593431588&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;1&quot;}\" data-image-title=\"\" data-image-description=\"&lt;p&gt;&lt;em&gt;[Belakang, kiri ke kanan]&lt;\/em&gt; Elyssa Diadra Kein, Thareshinyi Rames, Juliana Ivy Richard, Danish Aida Anwar Wajdi, Nurulain Nabihah, &lt;em&gt;[depan, kiri ke kanan]&lt;\/em&gt; Aurelia Vanessa Clement, Lina Nabilah Mohd Saab, Siti Aishah Mustapha Kamal, dan Ainul Wahida Abdul Rahman dalam &lt;em&gt;Indu&#8217; Bantang&lt;\/em&gt; di Panggung Budaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, 21 Februari 2020. \u00a9 Malek Sulamin&lt;\/p&gt;\n\" data-image-caption=\"\" data-medium-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture4-744x497.jpg\" data-large-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture4-1200x801.jpg\" data-attachment-id=\"1042\" data-permalink=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/picture4\/\" data-orig-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture4.jpg\" data-orig-size=\"2048,1367\" data-comments-opened=\"0\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;1593431588&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;1&quot;}\" data-image-title=\"\" data-image-description=\"&lt;p&gt;&lt;em&gt;[Belakang, kiri ke kanan]&lt;\/em&gt; Elyssa Diadra Kein, Thareshinyi Rames, Juliana Ivy Richard, Danish Aida Anwar Wajdi, Nurulain Nabihah, &lt;em&gt;[depan, kiri ke kanan]&lt;\/em&gt; Aurelia Vanessa Clement, Lina Nabilah Mohd Saab, Siti Aishah Mustapha Kamal, dan Ainul Wahida Abdul Rahman dalam &lt;em&gt;Indu&#8217; Bantang&lt;\/em&gt; di Panggung Budaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, 21 Februari 2020. \u00a9 Malek Sulamin&lt;\/p&gt;\n\" data-image-caption=\"\" data-medium-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture4-744x497.jpg\" data-large-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture4-1200x801.jpg\" srcset=\"https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture4.jpg?strip=info&#038;w=600&#038;ssl=1 600w,https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture4.jpg?strip=info&#038;w=900&#038;ssl=1 900w,https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture4.jpg?strip=info&#038;w=1200&#038;ssl=1 1200w,https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture4.jpg?strip=info&#038;w=1500&#038;ssl=1 1500w,https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture4.jpg?strip=info&#038;w=1800&#038;ssl=1 1800w,https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture4.jpg?strip=info&#038;w=2000&#038;ssl=1 2000w\" alt=\"\" data-height=\"1367\" data-id=\"1042\" data-link=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/picture4\/\" data-url=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture4.jpg\" data-width=\"2048\" src=\"https:\/\/i1.wp.com\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture4.jpg?ssl=1\" data-amp-layout=\"responsive\"\/><\/figure><\/div><\/div><\/div><\/div>\n\n\n\n<div data-carousel-extra='{\"blog_id\":1,\"permalink\":\"https:\\\/\\\/langkah.mydancealliance.org\\\/bm\\\/indu-bantang\\\/\"}' style=\"height:50px\" aria-hidden=\"true\" class=\"wp-block-spacer\"><\/div>\n\n\n\n<div data-carousel-extra='{\"blog_id\":1,\"permalink\":\"https:\\\/\\\/langkah.mydancealliance.org\\\/bm\\\/indu-bantang\\\/\"}' class=\"wp-block-columns are-vertically-aligned-top is-layout-flex wp-container-core-columns-is-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div data-carousel-extra='{\"blog_id\":1,\"permalink\":\"https:\\\/\\\/langkah.mydancealliance.org\\\/bm\\\/indu-bantang\\\/\"}' class=\"wp-block-column is-vertically-aligned-top is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\" style=\"flex-basis:17%\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"105\" height=\"105\" data-attachment-id=\"1051\" data-permalink=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/ain\/\" data-orig-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/ain.png\" data-orig-size=\"105,105\" data-comments-opened=\"0\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-medium-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/ain.png\" data-large-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/ain.png\" src=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/ain.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-1051\"\/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div data-carousel-extra='{\"blog_id\":1,\"permalink\":\"https:\\\/\\\/langkah.mydancealliance.org\\\/bm\\\/indu-bantang\\\/\"}' class=\"wp-block-column is-vertically-aligned-top is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\" style=\"flex-basis:83%\">\n<p><strong><em>Nurulain <\/em><\/strong><strong style=\"font-style: italic; font-weight: bold;\">Nabihah <\/strong><i>ialah seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Tari) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).<\/i><strong style=\"font-style: italic;\"><em><strong> <em><em><a href=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/bio-pengarang#nurulain\">Lebih<\/a><\/em><\/em><\/strong><\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><em><em><em><em><em><strong><em>Untuk menghubungi penulis:<\/em><\/strong><\/em><\/em><\/em><\/em><\/em><br><em>&#x61;i&#x6e;&#98;&#x69;&#104;&#x61;&#x68;9&#x31;&#49;&#x40;&#103;&#x6d;&#97;i&#x6c;&#46;&#x63;&#111;&#x6d;<\/em><\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p id=\"block-049e9f62-cd76-481e-a248-f974136458be\" style=\"font-size:13px\"><strong>Foto utama:<\/strong> Angelica Surin @ Rudolf dalam Indu&#8217; Bantang di Panggung Budaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, 21 Februari 2020. \u00a9 Malek Sulamin<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Nurulain Nabihah membincangkan pengalamannya sebagai penari dalam Indu&#8217; Bantang dan seterusnya merenungkan peranan wanita dalam masyarakat.<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":1043,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"spay_email":"","footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_is_tweetstorm":false},"categories":[7],"tags":[],"class_list":["post-1036","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-edisi-2020"],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v16.9 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Indu&#039; Bantang - Langkah<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Indu&#039; Bantang - Langkah\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Nurulain Nabihah membincangkan pengalamannya sebagai penari dalam Indu&#8217; Bantang dan seterusnya merenungkan peranan wanita dalam masyarakat.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Langkah\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2021-05-15T09:47:07+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2021-05-15T09:55:55+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture2-1.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1367\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"2048\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"bmmydadmin\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"6 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#website\",\"url\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/\",\"name\":\"Langkah\",\"description\":\"\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":\"required name=search_term_string\"}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"ImageObject\",\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/#primaryimage\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"url\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture2-1.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture2-1.jpg\",\"width\":1367,\"height\":2048},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/#webpage\",\"url\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/\",\"name\":\"Indu' Bantang - Langkah\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/#primaryimage\"},\"datePublished\":\"2021-05-15T09:47:07+00:00\",\"dateModified\":\"2021-05-15T09:55:55+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#\/schema\/person\/224877a6be6a3ebdc3a792ad632218a9\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/\"]}]},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Indu&#8217; Bantang\"}]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#\/schema\/person\/224877a6be6a3ebdc3a792ad632218a9\",\"name\":\"bmmydadmin\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#personlogo\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/6165e1ddad761658090dba126105e698?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/6165e1ddad761658090dba126105e698?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"bmmydadmin\"},\"url\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/author\/bmmydadmin\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Indu' Bantang - Langkah","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Indu' Bantang - Langkah","og_description":"Nurulain Nabihah membincangkan pengalamannya sebagai penari dalam Indu&#8217; Bantang dan seterusnya merenungkan peranan wanita dalam masyarakat.","og_url":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/","og_site_name":"Langkah","article_published_time":"2021-05-15T09:47:07+00:00","article_modified_time":"2021-05-15T09:55:55+00:00","og_image":[{"width":1367,"height":2048,"url":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture2-1.jpg","path":"\/home\/mydancea\/public_html\/langkah\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture2-1.jpg","size":"full","id":1043,"alt":"","pixels":2799616,"type":"image\/jpeg"}],"twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"bmmydadmin","Est. reading time":"6 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#website","url":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/","name":"Langkah","description":"","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/?s={search_term_string}"},"query-input":"required name=search_term_string"}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"ImageObject","@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/#primaryimage","inLanguage":"en-US","url":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture2-1.jpg","contentUrl":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture2-1.jpg","width":1367,"height":2048},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/#webpage","url":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/","name":"Indu' Bantang - Langkah","isPartOf":{"@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/#primaryimage"},"datePublished":"2021-05-15T09:47:07+00:00","dateModified":"2021-05-15T09:55:55+00:00","author":{"@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#\/schema\/person\/224877a6be6a3ebdc3a792ad632218a9"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/"]}]},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/indu-bantang\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Indu&#8217; Bantang"}]},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#\/schema\/person\/224877a6be6a3ebdc3a792ad632218a9","name":"bmmydadmin","image":{"@type":"ImageObject","@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#personlogo","inLanguage":"en-US","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/6165e1ddad761658090dba126105e698?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/6165e1ddad761658090dba126105e698?s=96&d=mm&r=g","caption":"bmmydadmin"},"url":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/author\/bmmydadmin\/"}]}},"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Picture2-1.jpg","jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p5O9pT-gI","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1036","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1036"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1036\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1053,"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1036\/revisions\/1053"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1043"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1036"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1036"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1036"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}