{"id":441,"date":"2016-01-08T15:11:22","date_gmt":"2016-01-08T15:11:22","guid":{"rendered":"http:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/?p=441"},"modified":"2016-01-08T16:28:17","modified_gmt":"2016-01-08T16:28:17","slug":"southeast-asian-choreolab-2015","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/","title":{"rendered":"Southeast Asian Choreolab 2015"},"content":{"rendered":"<p><em>Sementara menghuraikan pengalaman silang budaya yang diperolehi, Faillul Adam turut menekankan impak yang diterima hasil daripada penyertaan program<\/em> Southeast Asian Choreolab 2015.<\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 0.85em; color: #6e6e6e;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p>Jutaan terima kasih kepada Bilqis Hijjas sebagai presiden MyDance Alliance, \u00a0yang menganjurkan Southeast Asian Choreolab 2015 dengan kerjasama Goethe-Institut dan Rimbun Dahan. Choreolab ini berlangsung selama seminggu dan dikendalikan oleh fasilitator Arco Renz yang berasal dari Belgium tapi kini menetap di Jerman. Peserta-peserta program terdiri daripada negara-negara Asia Tenggara iaitu Vietnam, Laos, Kemboja, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Papua New Guinea termasuklah Malaysia.<\/p>\n<p>Menurut Bilqis, mengadakan kolaborasi dengan negara asing seperti Jepun dan Jerman adalah lebih mudah kerana negara-negara tersebut amat mementingkan penyebaran dan promosi seni budaya bangsa diri sendiri di rantau lain melalui badan-badan yang berkaitan seperti Japan Foundation dan Goethe-Institut. Penganjuran Choreolab yang mendapat sokongan daripada Goethe-Institut ini menggalakkan Bilqis supaya mengadakan satu kolaborasi antara artis dari Jerman dengan koreografer-koreografer generasi muda dari negara Asia Tenggara. Beliau berharap Choreolab dapat mengeratkan interaksi di kalangan penggiat seni tari di rantau ini di samping memperluaskan rangkaian masing-masing yang akan membawa pelbagai faedah dalam konteks pembangunan seni tari.<\/p>\n<p>Banyak aktiviti telah diadakan sepanjang Choreolab, namun hanya beberapa aktiviti yang terpilih untuk dibahaskan. Pemilihan tersebut dilakukan berdasarkan penerimaan impak peribadi yang positif.<\/p>\n<p><strong>Bengkel Arahan Arco: Penempatan Lima Objek<\/strong><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"452\" data-permalink=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/faillul\/\" data-orig-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul.jpg\" data-orig-size=\"939,702\" data-comments-opened=\"0\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-medium-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul-744x556.jpg\" data-large-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul.jpg\" class=\"aligncenter wp-image-452 size-medium\" src=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul-744x556.jpg\" alt=\"\" width=\"744\" height=\"556\" srcset=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul-744x556.jpg 744w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul-420x314.jpg 420w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul-768x574.jpg 768w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul.jpg 939w\" sizes=\"auto, (max-width: 744px) 100vw, 744px\" \/><span style=\"font-size: 0.85em; color: #6e6e6e;\">Faillul Adam berdiri memberus gigi dalam latihan Penempatan Lima Objek, Rimbun Dahan, Kuang, 2015. Foto \u00a9 Joelle Jacinto<\/span><\/p>\n<p>Arco mengarahkan kami membawa lima objek masing-masing dan menyusunkan objek-objek tersebut ke tempat-tempat yang diingini dalam kawasan studio. Kami diarah supaya merancang urutan masa, cara bagaimana meletak dan mengambil objek, serta kaedah berinteraksi dengan objek-objek yang terpilih. Kami boleh \u2018menari\u2019 atau mempersembahkan rutin harian berhubung dengan objek tersebut. Dalam tugasan ini, saya tertarik dengan persembahan Lyg Carillo dan Al Bernard Velarde Garcia dari Filipina.<\/p>\n<p>Lyg berdiri tegak menghadap kami dan memegang objek-objek pilihannya yang bersaiz kecil seperti bedak bayi, telefon bimbit, salib, pen, dan rantai leher. Kedengaran bunyi hempasan yang jelas apabila Lyg melepaskan objek pertama dan keduanya jatuh ke lantai. Lyg ingin menjatuhkan telefon bimbitnya (tapi tidak dilepaskan) sebagai objek pilihan ketiga \u2013 ini mengejutkan kami kerana telefon bimbit adalah sesuatu yang begitu intim dan mudah pecah. Perasaan gementar saya mencapai ke tahap kemuncak apabila sampai ke objek kelima: Salibnya! Kami berdebar dan tidak sanggup menghadapi ketegangan situasi tersebut. Akhirnya, Lyg perlahan-lahan memanjat pagar di luar studio dan tidak melepaskan salib tersebut. Kesimpulannya, pilihan objek, susunan, dan penggunaan masa yang bersesuaian menghasilkan keberkesanan \u2018persembahan\u2019. Dalam perbincangan pasca persembahan tersebut, Arco menekan kebijaksanaan dan ketepatan penggunaan masa daripada pelakon komedi harus kita contohi dan boleh diaplikasikan ke dalam kraf koreografi.<\/p>\n<p>Objek-objek pilihan Al ialah lilin, duit syiling, rantai leher, lampu suluh kecil, dan kertas. Al mengarahkan kami semua duduk dalam bulatan dan melakukan imitasi bunyi vokal ke atas bunyi ketukan objek pilihannya. Saya terkagum dengan kebolehan Al dapat mengubahsuai bunyi yang dikeluarkan oleh objek dan menzahirkannya melalui vokal. Lama-kelamaan kami semua menghasilkan bunyi yang bertingkah antara satu sama lain. Kemudian Al berjalan keluar dari studio. Kami semua melihat ke arah pintu dengan pelbagai jangkaan. Tiba-tiba sebuah kapal terbang kertas melayang ke dalam studio, itulah objek kelima Al. Dalam persembahan ini, kami sentiasa menumpukan perhatian kepada Al yang telah menimbulkan atmosfera kesangsian yang mendesak kami untuk melihat episod seterusnya. Ini membangkitkan persoalan bagaimana seseorang koreografer boleh mengekalkan tumpuan para penonton ke atas apa yang dipersembahkan.<\/p>\n<p>Objek-objek pilihan saya pula ialah berus, ubat gigi, biskut kering, pencuci muka, dan tuala kecil. Saya membayangkan sesuatu yang ringkas berkaitan dengan aktiviti harian ketika bangun pagi. Saya bermula dengan bersandar di dinding, menguap kononnya baru bangun daripada tidur, dan kemudian memakan biskut kering. Seterusnya saya berjalan ke cermin studio dan sapukan pencuci muka ke wajah tanpa air! Saya berjalan beberapa langkah ke kanan dan memberus gigi. Akhir sekali saya berjalan menuju ke pintu studio, saya lap muka dan keluar dari studio.<\/p>\n<p><strong>Bengkel-bengkel Arahan Peserta<\/strong><\/p>\n<p>Dalam program ini, setiap peserta perlu mengarahkan satu bengkel untuk perkongsian bersama. Pengisian bengkel boleh terdiri daripada pengajaran sesuatu teknik tari mahupun kaedah (<em>method)<\/em> dalam penghasilan sesebuah koreografi. Di sini, saya ingin berkongsi pengalaman saya berdasarkan pelancaran bengkel-bengkel yang diarahkan oleh Tan Bee Hung\u00a0 (Malaysia) dan Kai Eng (Singapura).<\/p>\n<p>Bee banyak menggunakan <em>floorwork<\/em> \u00a0semasa menghasilkan gerak mahupun koreografi. Pada peringkat awal, kami diarah berbaring di atas lantai dan melakukan improvisasi sambil membayangkan badan kami bersatu dengan lantai. Pada peringkat seterusnya, kami membayangkan seolah-olah badan ditolak ke lantai (tarikan graviti) dan ditarik semula ke atas langit pada masa yang sama. Ini bermakna kami tidak mempunyai masa untuk berehat dan menggunakan tenaga yang sangat banyak. Dalam sesi maklum balas, saya tertarik dengan salah satu komen oleh peserta: Mereka tidak melihat kami ditarik atau ditolak oleh sesuatu, tetapi melihat kami bergerak disebabkan oleh gegaran seluruh bangunan seperti mengalami gempa bumi.<\/p>\n<p>Dalam bengkel Kai\u00a0, kami semua berdiri secara rawak dan menghadap ke cermin supaya semua peserta boleh melihat diri sendiri dan peserta lain. Kai mengarahkan semua peserta hendaklah melakukan pergerakan yang sama (<em>unison<\/em>) melalui pemerhatian cermin tanpa sebarang komunikasi lisan (<em>verbal<\/em>). Pada awalnya, semua peserta beraksi dengan melihat ke cermin. Aktiviti tersebut berkembang secara beransur-ansur menyerupai latihan <em>Follow the Leader<\/em>\u00a0, yang biasanya semua peserta akan bergerak secara berkumpulan dan diiringi oleh hanya seorang ketua. Namun, apa yang membezakan aktiviti kami dan <em>Follow the Leader<\/em> adalah kami tidak dapat mengenal pasti siapakah sebenarnya yang sedang menjadi ketua dan arah kami boleh berubah pada bila-bila masa kerana sesiapa saja yang berada dalam kumpulan boleh menjadi ketua. Arah kami cenderung untuk beralih daripada hanya menghadap ke cermin. Latihan ini secara umumnya menguji dan melatih kepekaan peserta kepada ketua yang berubah pada bila-bila masa. Ketika latihan berlangsung, sebahagian daripada kami adalah pasif dengan sikap sentiasa mengikut sahaja, manakala sebahagian lagi sentiasa ingin menjadi ketua. Pada pendapat saya, latihan ini memerlukan keseimbangan di antara peraturan aktiviti dengan penjanaan improvisasi individu supaya ia tidak kelihatan terlalu tegar. Namun improvisasi itu tidak boleh terlalu bebas sehingga peserta kelihatan terasing daripada ahli kumpulan yang lain.<\/p>\n<p><strong>Penghasilan Persembahan Solo<\/strong><\/p>\n<p>Pada peringkat seterusnya, Arco mengarahkan kami untuk menghasilkan solo yang berkenaan dengan amalan tabiat yang biasa dilakukan dalam proses penghasilan koreografi. Saya menutup kepala dengan kemeja-t dan berjalan ke depan sambil tangan menghala ke hadapan, seperti imej <em>zombie<\/em> yang sedang berjalan. Sampai di tengah studio, saya berhenti dan berkata, \u201c<em>Good morning, you are dead.<\/em>\u201d Apa yang saya ingin sampaikan ialah elemen <em>dark comedy<\/em>\u00a0, iaitu sebuah elemen jenaka sinis yang mengandungi unsur kegelapan dan mesej-mesej tidak menyenangkan. Menurut Arco, amalan tabiat saya ialah \u2018tidak menari\u2019 kerana persembahan solo hanya terdiri daripada ekspresi dan pergerakan domestik seharian sahaja.<\/p>\n<p>Setelah itu, kami melakukan latihan secara berpasangan. Kali ini, peranan pasangan adalah untuk mengganggu (<em>interfere)<\/em> supaya memecahkan amalan tabiat dalam solo sebelum ini. Saya berpasangan bersama Kai. Dalam latihan ini, Kai memberi cadangan dan membangkitkan persoalan mengenai pilihan yang saya lakukan dalam solo tersebut. Dengan maklum balas tersebut, saya cuba memperbaiki solo ini melalui pelaksanaan pelbagai pergerakan seperti zapin dan tari moden. Dalam persembahan akhir, setelah melaksanakan komposisi pergerakan yang ditetapkan, saya berhenti berdiri membelakangkan penonton. Saya berpusing menghadap ke penonton, senyum dan melangkah ke arah Fadilla Oziana (Dilla). Saya bisik ke telinganya, \u201cSelamat pagi, kamu akan mati\u201d. Menurut Kai, jika saya ingin mempersembahkan sesuatu yang tidak menyenangkan dengan cara yang ringan dan tersembunyi, saya perlu menyampaikannya dengan sangat kontras supaya hasilnya berkesan.<\/p>\n<p><strong>Latihan Komposisi Berkumpulan melalui Lakaran Skor<\/strong><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"451\" data-permalink=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/attachment\/6\/\" data-orig-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/6.jpg\" data-orig-size=\"1092,816\" data-comments-opened=\"0\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-medium-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/6-744x556.jpg\" data-large-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/6.jpg\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-451\" src=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/6-744x556.jpg\" alt=\"\" width=\"744\" height=\"556\" srcset=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/6-744x556.jpg 744w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/6-420x314.jpg 420w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/6-768x574.jpg 768w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/6.jpg 1092w\" sizes=\"auto, (max-width: 744px) 100vw, 744px\" \/><span style=\"font-size: 0.85em; color: #6e6e6e;\"><i><span style=\"color: #6e6e6e;\">[Kiri ke kanan]<\/span><\/i><span style=\"color: #6e6e6e;\"> Nguy\u1ec5n Duy Th\u00e0n, Nitipat Ong Polchai dan Darlene Litaay<\/span> sedang melakar skor masing-masing di dalam studio latihan Rimbun Dahan, Kuang, 2015.\u00a0 Foto \u00a9 Joelle Jacinto<\/span><\/p>\n<p>Arco mengarahkan kami supaya melukis sebuah skor yang mengandungi \u2018arahan\u2019 yang akan dibaca oleh penari tanpa berkomunikasi secara langsung dengan pencipta skor. Cara penciptaan lakaran skor berdasarkan kreativiti dan interpretasi masing-masing. Dalam skor, kami perlu melibatkan tiga orang penari, dengan hanya menggunakan pergerakan berjalan dan tidak berjalan. Lakaran skor harus ringkas, tidak kompleks dan jelas menunjukkan kedudukan penari sama ada berada di dalam atau di luar pentas, dengan susunan yang sesuai. Tiga elemen yang perlu diletakkan dalam pembangunan skor peribadi ialah <em>change<\/em>, <em>no change<\/em>, dan <em>rate of change<\/em>. <em>Change<\/em> ialah suatu perubahan yang ketara dalam sesebuah karya, <em>no change<\/em> merujuk kepada perkara atau pergerakan yang sama diulangi. Manakala pengertian <em>rate of change<\/em> dalam konteks koreografi merujuk kepada perbezaan intensiti atau dinamik yang harus dilakukan dalam pembahagian segmen-segmen koreografi.<\/p>\n<p>Simbol bagi ketiga-tiga istilah ini:<\/p>\n<p><em>Change<\/em>: \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \/\/\/\/\u00a0 &#8212;- ++++ ****<br \/>\n<em>No Change<\/em>: \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \/\/\/ \/\/\/\/ \/\/\/\/ \/\/\/\/<br \/>\n<em>Rate of Change<\/em>: \/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/ &#8212; + \/\/ ** &#8212; ++<\/p>\n<p>Setelah skor semua peserta dilakarkan, enam skor dipaparkan pada masa yang sama bagi setiap pusingan. Setiap skor pula dipilih oleh tiga peserta untuk dimanipulasikan, dengan syarat bahawa pelukis skor tidak boleh memilih skor sendiri. Beberapa perkara yang positif diperhatikan dalam proses komposisi ini: skor adalah bersifat terbuka dan menerima sebarang percubaan manipulasi daripada penari. Interpretasi daripada penari tidak dikongkong oleh pemikiran, pengaruhan dan penilaian (<em>judgment<\/em>) daripada pelukis skor. Justeru, <em>method<\/em> koreografi melalui pembangunan skor ini berpotensi untuk melatih pengungkapan kreativiti dalam bentuk visual dan fizikal, meningkatkan daya imaginasi terhadap rangsangan visual serta menggalakkan interpretasi yang terbuka di kalangan koreografer dan penari.<\/p>\n<p><strong>Latihan Komposisi Solo melalui Lakaran Skor<\/strong><\/p>\n<div data-carousel-extra='{\"blog_id\":1,\"permalink\":\"https:\\\/\\\/langkah.mydancealliance.org\\\/bm\\\/southeast-asian-choreolab-2015\\\/\"}' id='gallery-1' class='gallery galleryid-441 gallery-columns-3 gallery-size-full'><figure class='gallery-item'>\n\t\t\t<div class='gallery-icon landscape'>\n\t\t\t\t<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1122\" height=\"663\" src=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/4.jpg\" class=\"attachment-full size-full\" alt=\"\" aria-describedby=\"gallery-1-449\" srcset=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/4.jpg 1122w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/4-420x248.jpg 420w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/4-744x440.jpg 744w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/4-768x454.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1122px) 100vw, 1122px\" data-attachment-id=\"449\" data-permalink=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/attachment\/4\/\" data-orig-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/4.jpg\" data-orig-size=\"1122,663\" data-comments-opened=\"0\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"&lt;p&gt;Lakaran skor Faillul Adam (halaman depan). Foto \u00a9 Faillul Adam&lt;\/p&gt;\n\" data-medium-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/4-744x440.jpg\" data-large-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/4.jpg\" \/>\n\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<figcaption class='wp-caption-text gallery-caption' id='gallery-1-449'>\n\t\t\t\tLakaran skor Faillul Adam (halaman depan). Foto \u00a9 Faillul Adam\n\t\t\t\t<\/figcaption><\/figure>\n\t\t<\/div>\n\n<div data-carousel-extra='{\"blog_id\":1,\"permalink\":\"https:\\\/\\\/langkah.mydancealliance.org\\\/bm\\\/southeast-asian-choreolab-2015\\\/\"}' id='gallery-2' class='gallery galleryid-441 gallery-columns-1 gallery-size-full'><figure class='gallery-item'>\n\t\t\t<div class='gallery-icon landscape'>\n\t\t\t\t<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1104\" height=\"621\" src=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/5-1.jpg\" class=\"attachment-full size-full\" alt=\"\" aria-describedby=\"gallery-2-450\" srcset=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/5-1.jpg 1104w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/5-1-420x236.jpg 420w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/5-1-744x419.jpg 744w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/5-1-768x432.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1104px) 100vw, 1104px\" data-attachment-id=\"450\" data-permalink=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/5-3\/\" data-orig-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/5-1.jpg\" data-orig-size=\"1104,621\" data-comments-opened=\"0\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"&lt;p&gt;Lakaran skor Faillul Adam (halaman belakang). Foto \u00a9 Faillul Adam&lt;\/p&gt;\n\" data-medium-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/5-1-744x419.jpg\" data-large-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/5-1.jpg\" \/>\n\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<figcaption class='wp-caption-text gallery-caption' id='gallery-2-450'>\n\t\t\t\tLakaran skor Faillul Adam (halaman belakang). Foto \u00a9 Faillul Adam\n\t\t\t\t<\/figcaption><\/figure>\n\t\t<\/div>\n\n<p>Kami diarahkan untuk melakar skor yang kedua. Arahannya berbunyi \u201c<em>This score is about the dance you really want to do and you might perform it in the future<\/em>\u201d. \u00a0Skor ini memberi fokus kepada persembahan solo, dan cara lakaran adalah bebas. Kemudian kami diarahkan bertukar skor sesama kami dan mempersembahkan satu komposisi tari berdasarkan skor masing-masing. Saya mengagumi skor milik Darlane \u00a0yang unik kerana hanya mengandungi lukisan dan grafik sahaja tanpa sepatah perkataan. Menurut Darlane, dia tidak pandai menzahirkan imaginasi melalui perkataan atau arahan yang sistematik.<\/p>\n<p>Pada peringkat seterusnya, setelah semua peserta menunjukkan solo masing-masing daripada lakaran skor, kami diarahkan untuk bekerjasama secara berpasangan (duet dan trio) dengan berpandukan solo yang dipersembahkan. Saya bekerjasama dengan Sonoko Shoji dari Thailand dan Foo Yun Ying (\u2018YY\u2019) dari Singapura. Sonoko mempunyai latar belakang teknik seni Butoh dan YY pernah bekerja dalam T.H.E Dance Company. Dalam proses kolaborasi kami perlu menumpukan perhatian kepada <em>predictable<\/em>, <em>unpredictable<\/em>\u00a0, dan <em>rate of change<\/em>. Daripada persepsi awal, saya berasa susah untuk bekerjasama dengan mereka disebabkan masalah kesukaran menghafal gerak daripada Sonoko dan sikap agresif YY yang mengejar kesempurnaan. Pada awalnya, saya membuat keputusan untuk berdiam diri, tapi lama-kelamaan saya cuba mencari ruang untuk menyumbangkan pendapat. Setelah kami menunjukkan hasil proses kepada Arco dan yang lain, Arco berkata kekuatan kami terletak pada saat kami tidak melakukan apa-apa (<em>stillness<\/em>). Menurut Arco, <em>stillness<\/em> menyebabkan penonton tertunggu-tunggu apa yang akan jadi seterusnya dan juga menenangkan penonton yang baru siap menikmati set pergerakan untuk sesuatu tempoh.<\/p>\n<p>Lanjutan daripada lakaran skor solo, Arco mengarahkan gabungan dua kumpulan untuk bekerjasama\u00a0. Konsep yang ditekankan kali ini adalah mengecilkan semua saiz pergerakan (<em>minimize<\/em>). Kami bekerjasama dengan kumpulan Japhet Mari dan Dilla. Kami berlima berdiri dalam kedudukan selari. Saya berdiri di sebelah kiri. Sonoko memulakan pergerakan dengan tenaga (<em>energy<\/em>) yang tinggi dan menyentak, diikuti dengan reaksi YY yang bergerak berlandaskan kualiti angin. Tidak lama kemudian, Sonoko melakukan tiga jenis ekspresi muka. Saya dan Dilla menunduk ke bawah seperti harimau yang memerhatikan mangsa. Saya berdiri dan bersama-sama Sonoko, kami menghadap belakang dan melakukan pergerakan melambai bermula dengan tempo laju kemudian semakin perlahan. Tiba-tiba, saya dan Sonoko keluar dari kedudukan kami dan melakukan aksi seperti orang gila yang sedang berjalan. Pada saya, itu adalah saat yang tidak dijangka kerana emosi tersebut adalah sangat kontras dengan pergerakan yang lain. Seterusnya, kami semua berkumpul di kedudukan Sonoko. Saya melakukan pergerakan berulangan yang bertenaga, sementara yang lain merendahkan badan ke bawah dengan sangat perlahan. Kemudian kami semua senyum dengan posisi badan yang berbeza-beza. Tidak lama selepas itu, Sonoko jatuh ke hadapan dengan laju dan kami semua bangun sambil menoleh ke arah Dilla yang berjalan perlahan-lahan menuju ke luar.<\/p>\n<p>Dalam sesi maklum balas, Arco mencadangkan supaya skala ruang atau kedudukan setiap penari\u00a0 dibesarkan. Menurut beliau, kami berada terlalu dekat antara satu sama lain dan ini menyebabkan elemen ruang tidak digunakan sepenuhnya. Setelah melakukan penambahbaikan, saya dapat merasa pertukaran dinamik yang lebih baik, serta unsur <em>unpredictable<\/em> yang lebih berkesan. Secara tidak langsung, penambahbaikan tersebut membuatkan kami berlima kelihatan mempunyai perhubungan yang relevan dari aspek <em>energy<\/em> dan intensity.<\/p>\n<p>Daripada lakaran skor solo yang hanya bermakna kepada seseorang, ia berkembang menjadi komposisi kumpulan yang membawa pelbagai makna kepada ahli-ahli kumpulan. Sekali lagi, keberkesanan penggunaan skor dalam konteks penghasilan koreografi telah dibuktikan dan mengubah persepsi stereotaip saya terhadap skor tari \u2013 ia bukan hanya digunakan dalam dokumentasi tari tetapi boleh juga menjana inspirasi koreografi yang bebas dan pada masa yang sama masih akur kepada apa yang ditentukan pada asasnya.<\/p>\n<p><strong>Hari Persembahan<\/strong><\/p>\n<div data-carousel-extra='{\"blog_id\":1,\"permalink\":\"https:\\\/\\\/langkah.mydancealliance.org\\\/bm\\\/southeast-asian-choreolab-2015\\\/\"}' id='gallery-3' class='gallery galleryid-441 gallery-columns-3 gallery-size-full'><figure class='gallery-item'>\n\t\t\t<div class='gallery-icon landscape'>\n\t\t\t\t<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1283\" height=\"722\" src=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/3-1.jpg\" class=\"attachment-full size-full\" alt=\"\" aria-describedby=\"gallery-3-448\" srcset=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/3-1.jpg 1283w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/3-1-420x236.jpg 420w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/3-1-744x419.jpg 744w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/3-1-768x432.jpg 768w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/3-1-1200x675.jpg 1200w\" sizes=\"auto, (max-width: 1283px) 100vw, 1283px\" data-attachment-id=\"448\" data-permalink=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/3-3\/\" data-orig-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/3-1.jpg\" data-orig-size=\"1283,722\" data-comments-opened=\"0\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"&lt;p&gt;Carta yang dilakar oleh Arco Renz yang memaparkan set-set latihan. Foto \u00a9 Faillul Adam&lt;\/p&gt;\n\" data-medium-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/3-1-744x419.jpg\" data-large-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/3-1-1200x675.jpg\" \/>\n\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<figcaption class='wp-caption-text gallery-caption' id='gallery-3-448'>\n\t\t\t\tCarta yang dilakar oleh Arco Renz yang memaparkan set-set latihan. Foto \u00a9 Faillul Adam\n\t\t\t\t<\/figcaption><\/figure>\n\t\t<\/div>\n\n<p>Pada hari terakhir di Rimbun Dahan,. Arco melukis semua set latihan pada papan putih untuk rujukan supaya kami boleh rujuk ketika mengadakan persembahan. <em>Input<\/em>, pengalaman, dan isi yang saya perolehi sewaktu proses tersebut adalah sangat bernilai dan bermakna. Bagi saya, persembahan hanya <em>tip of the iceberg<\/em> daripada proses. Saya sangat menghargai program ini bukan sahaja ilmu pengetahuan diperolehi, tetapi mengecapi pengalaman, pemahaman, dan interaksi penyilangan budaya (<em>cross-cultural<\/em>) yang semakin penting dalam era kontemporari. Choreolab membuka minda dan mengubah cara saya berfikir walaupun hanya seminggu.<\/p>\n<div data-carousel-extra='{\"blog_id\":1,\"permalink\":\"https:\\\/\\\/langkah.mydancealliance.org\\\/bm\\\/southeast-asian-choreolab-2015\\\/\"}' id='gallery-4' class='gallery galleryid-441 gallery-columns-1 gallery-size-thumbnail'><figure class='gallery-item'>\n\t\t\t<div class='gallery-icon landscape'>\n\t\t\t\t<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"420\" height=\"236\" src=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/1-1-420x236.jpg\" class=\"attachment-thumbnail size-thumbnail\" alt=\"\" aria-describedby=\"gallery-4-447\" srcset=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/1-1-420x236.jpg 420w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/1-1-744x418.jpg 744w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/1-1-768x432.jpg 768w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/1-1-1200x675.jpg 1200w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/1-1.jpg 1259w\" sizes=\"auto, (max-width: 420px) 100vw, 420px\" data-attachment-id=\"447\" data-permalink=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/1-3\/\" data-orig-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/1-1.jpg\" data-orig-size=\"1259,708\" data-comments-opened=\"0\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"&lt;p&gt;&lt;em&gt;[Barisan atas, kiri ke kanan]&lt;\/em&gt; Arco Renz, Lyg Carillo, Japhet Mari, Kaka Pha Oudom, Nitipat Ong Pholchai, Siko Setyanto, Al Bernard Velarde Garcia, Eisa Jocson; &lt;em&gt;[barisan tengah, kiri ke kanan]&lt;\/em&gt; Faillul Adam, Darlane Litaay, &lt;em&gt;[barisan bawah, kiri ke kanan]&lt;\/em&gt; Sonoko Shoji, Tan Bee Hung, Chy Ratana, Nguy\u1ec5n Duy Th\u00e0nh, Fadilla Oziana, Kai Eng, Yun Ying Foo. Rimbun Dahan, Kuang, 2015. Foto \u00a9 Faillul Adam&lt;\/p&gt;\n\" data-medium-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/1-1-744x418.jpg\" data-large-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/1-1-1200x675.jpg\" \/>\n\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<figcaption class='wp-caption-text gallery-caption' id='gallery-4-447'>\n\t\t\t\t<em>[Barisan atas, kiri ke kanan]<\/em> Arco Renz, Lyg Carillo, Japhet Mari, Kaka Pha Oudom, Nitipat Ong Pholchai, Siko Setyanto, Al Bernard Velarde Garcia, Eisa Jocson; <em>[barisan tengah, kiri ke kanan]<\/em> Faillul Adam, Darlane Litaay, <em>[barisan bawah, kiri ke kanan]<\/em> Sonoko Shoji, Tan Bee Hung, Chy Ratana, Nguy\u1ec5n Duy Th\u00e0nh, Fadilla Oziana, Kai Eng, Yun Ying Foo. Rimbun Dahan, Kuang, 2015. Foto \u00a9 Faillul Adam\n\t\t\t\t<\/figcaption><\/figure>\n\t\t<\/div>\n\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><em><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" data-attachment-id=\"463\" data-permalink=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/faillul-90\/\" data-orig-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul-90.png\" data-orig-size=\"90,90\" data-comments-opened=\"0\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"faillul-90\" data-image-description=\"\" data-image-caption=\"\" data-medium-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul-90.png\" data-large-file=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul-90.png\" class=\"alignleft size-full wp-image-463\" style=\"padding-bottom: 80px;\" src=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul-90.png\" alt=\"faillul-90\" width=\"90\" height=\"90\" srcset=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul-90.png 90w, https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul-90-50x50.png 50w\" sizes=\"auto, (max-width: 90px) 100vw, 90px\" \/>Faillul Adam <\/em><em>merupakan pensyarah di Fakulti Tari Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).\u00a0<a href=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/bio-pengarang#faillul\"><u><span style=\"color: #0066cc;\"><i>Lebih<\/i><\/span><\/u><\/a>\u00a0\u00a0\u00a0<\/em><\/p>\n<p><strong><em>Untuk menghubungi penulis:<br \/>\n<\/em><\/strong><em> &#x66;&#97;&#x69;&#x6c;&#108;&#x75;&#108;a&#x64;&#97;m&#x40;&#103;m&#x61;&#105;l&#x2e;&#99;&#x6f;&#x6d;<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"color: #000000; font-size: 0.85em;\"><strong>Foto utama: <\/strong> Peserta berlatih dalam studio di Rimbun Dahan, Kuang, 2015. Foto \u00a9 Joelle Jacinto<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sementara menghuraikan pengalaman silang budaya yang diperolehi, Faillul Adam turut menekankan impak yang diterima hasil daripada penyertaan program Southeast Asian Choreolab 2015.<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":461,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"spay_email":"","footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_is_tweetstorm":false},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-441","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jil-1-bil-2"],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v16.9 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Southeast Asian Choreolab 2015 - Langkah<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Southeast Asian Choreolab 2015 - Langkah\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Sementara menghuraikan pengalaman silang budaya yang diperolehi, Faillul Adam turut menekankan impak yang diterima hasil daripada penyertaan program Southeast Asian Choreolab 2015.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Langkah\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2016-01-08T15:11:22+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2016-01-08T16:28:17+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul3-1.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1033\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"581\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"bmmydadmin\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"11 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#website\",\"url\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/\",\"name\":\"Langkah\",\"description\":\"\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":\"required name=search_term_string\"}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"ImageObject\",\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/#primaryimage\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"url\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul3-1.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul3-1.jpg\",\"width\":1033,\"height\":581},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/#webpage\",\"url\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/\",\"name\":\"Southeast Asian Choreolab 2015 - Langkah\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/#primaryimage\"},\"datePublished\":\"2016-01-08T15:11:22+00:00\",\"dateModified\":\"2016-01-08T16:28:17+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#\/schema\/person\/224877a6be6a3ebdc3a792ad632218a9\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/\"]}]},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Southeast Asian Choreolab 2015\"}]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#\/schema\/person\/224877a6be6a3ebdc3a792ad632218a9\",\"name\":\"bmmydadmin\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"@id\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#personlogo\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/6165e1ddad761658090dba126105e698?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/6165e1ddad761658090dba126105e698?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"bmmydadmin\"},\"url\":\"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/author\/bmmydadmin\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Southeast Asian Choreolab 2015 - Langkah","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Southeast Asian Choreolab 2015 - Langkah","og_description":"Sementara menghuraikan pengalaman silang budaya yang diperolehi, Faillul Adam turut menekankan impak yang diterima hasil daripada penyertaan program Southeast Asian Choreolab 2015.","og_url":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/","og_site_name":"Langkah","article_published_time":"2016-01-08T15:11:22+00:00","article_modified_time":"2016-01-08T16:28:17+00:00","og_image":[{"width":1033,"height":581,"url":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul3-1.jpg","path":"\/home\/mydancea\/public_html\/langkah\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul3-1.jpg","size":"full","id":461,"alt":"","pixels":600173,"type":"image\/jpeg"}],"twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"bmmydadmin","Est. reading time":"11 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#website","url":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/","name":"Langkah","description":"","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/?s={search_term_string}"},"query-input":"required name=search_term_string"}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"ImageObject","@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/#primaryimage","inLanguage":"en-US","url":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul3-1.jpg","contentUrl":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul3-1.jpg","width":1033,"height":581},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/#webpage","url":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/","name":"Southeast Asian Choreolab 2015 - Langkah","isPartOf":{"@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/#primaryimage"},"datePublished":"2016-01-08T15:11:22+00:00","dateModified":"2016-01-08T16:28:17+00:00","author":{"@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#\/schema\/person\/224877a6be6a3ebdc3a792ad632218a9"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/"]}]},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/southeast-asian-choreolab-2015\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Southeast Asian Choreolab 2015"}]},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#\/schema\/person\/224877a6be6a3ebdc3a792ad632218a9","name":"bmmydadmin","image":{"@type":"ImageObject","@id":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/#personlogo","inLanguage":"en-US","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/6165e1ddad761658090dba126105e698?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/6165e1ddad761658090dba126105e698?s=96&d=mm&r=g","caption":"bmmydadmin"},"url":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/author\/bmmydadmin\/"}]}},"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-content\/uploads\/2016\/01\/faillul3-1.jpg","jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p5O9pT-77","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/441","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=441"}],"version-history":[{"count":23,"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/441\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":480,"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/441\/revisions\/480"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/media\/461"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=441"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=441"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/langkah.mydancealliance.org\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=441"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}