2020: Satu Pelan Lima Tahun untuk Siri Persembahan Multidisiplin

2020, satu siri persembahan multidisiplin, telah dipentaskan pada 27-28 Jun 2015 di Space.Toccata, yang terletak di Petaling Jaya. Produser kreatif siri tersebut, Tan E-Jan, memberi maklum balas ke atas persoalan yang berkaitan dengan proses kreatif daripada editor Langkah, Bilqis Hijjas.

Wawancara ini telah diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris.

 

Bagaimana anda menjanakan bahan material?

Kami [E-Jan, penulis Teo Wey Herng, penari-koreografer Steve Goh, dan pengarah artistik merangkap komposer Ng Chor Guan] mendapatkan idea semasa kami sedang berbual-bual tentang kesamaan fizikal dan bagaimana dua individu, yang tidak semestinya mempunyai hubungan darah, boleh kelihatan mirip – seperti Steve and Chor Guan! Dengan berpintal-pintal dengan fakta sains, idea tersebut telah dikaitkan dengan klon, dan begitulah idea 2020 tercetus. 2020 sebagai satu tanda visi yang sempurna, merupakan satu topik yang ingin kami mempersoalkan, dan kami ingin mempersembahkannya melalui satu produksi yang sangat berdasarkan kesan visual. Akhirnya, produksi 2020 dikaitkan dengan klon-klon penjelajah waktu , dan ini merupakan satu perkara yang nostalgik kepada kami, kerana kami semua datangnya dari zaman 1980an, yang bergembar-gembur tentang pengklonan, dan penuh dengan perbahasan antara prinsip sains dan moral. Idea penjelajahan waktu adalah berkaitan dengan kehendak bebas  (free will) berlawanan dengan fahaman penentuan (determinism): Jika anda boleh menjelajah ke mana-mana dalam arus waktu, ke manakah anda akan pergi? Kembali ke masa lampau atau menjelajah ke masa hadapan dianggapkan boleh mengganggu perkembangan acara-acara tertentu – dalam pada ini, kami cuba membahaskan perubahan, atau menjadikan diri sebagai seorang agen perubahan.

Istilah 2020 hampir tidak dijadikan sebagai tajuk, kerana ia bersifat politik, terlalu pendek dan sebagainya. Walau bagaimanapun, setelah beberapa perbincangan yang hangat antara kami dan pasukan produksi, kami bersetuju untuk mengekalkan tajuk tersebut, dan cuba menawarkan bacaan pengukuran atau interpretasi makna yang berbeza, sehingga ke set nombor yang berkaitan – atau jika anda suka, bacaan berbeza untuk masa hadapan. Percubaan ini seakan-akan memberi kami satu peluang untuk membentuk semula tahun 2020: dan kami memutuskan untuk mencuba dan mengalihkan perhatian semua orang daripada implikasi istilah 2020 secara politikal kepada satu dasar spekulasi yang masih bersifat provokatif. Jika klon melambangkan sejenis kuasa yang kolektif, kehadiran bersama-sama di kalangan klon (atau perjumpaan – melakukan perkara yang sama pada masa yang sama) merupakan satu kuasa yang menggerunkan. Jika kuasa kolektif ini bekerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang mulia, penambahbaikan akan berlaku. Kami selalu memaksa orang lain untuk membayangkan masa depan yang berbeza, atau masa depan yang lebih baik; dan klon sebagai satu angkatan adalah menarik dimasukkan ke dalam persembahan.

Bagaimanakah keputusan dilakukan tentang apa yang sepatut disimpan dan apa yang sepatut dibuang?

Kami bersama-sama membuat sebahagian besar keputusan. Walaupun kami membangunkan bahagian persembahan sendiri masing-masing, tetapi masih banyak proses kreatif melibatkan perbincangan bersama untuk menentukan apa yang berhasil dan apa yang tidak. Sesi-sesi pengolahan idea diadakan selama beberapa bulan. Kami banyak menghabiskan masa dalam perbincangan dan perbahasan mengenai keseimbangan antara ketidakcapaian kemampuan sains (sains yang tidak kami faham dianggap sebagai magik), dan kemunasabahan sains. Namun, kami selalu diingati bahawa idea projek tersebut adalah bersifat jangka panjang, dan cuba membayangkan satu dunia yang amat berbeza yang akan berlaku dalam hanya lima tahun adalah sangat mudah, dan sangat susah pada masa yang sama.

Apakah jenis penyelidikan  yang telah anda lakukan mengenai penjelajahan masa, masa depan, dan klon?

Penyelidikan adalah berdasarkan Internet, dan kebanyakannya adalah berkaitan dengan pembentangan teknikal persembahan kami. 2020 merupakan satu persembahan visual yang mencabar dan menarik, dengan niat ingin menyampaikan idea penjelajahan masa, klon, dan masa hadapan melalui gambaran imej. Dari segi kerangka konsepsi, kami juga berbincang dengan ramai orang mengenai pandangan mereka terhadap masa depan. Kami menemui banyak dapatan dan tanggapan bagaimana klon dan penjelajahan waktu boleh diwajarkan dalam kehidupan manusia dengan lebih mudah daripada apa yang kami fikirkan.

Bagaimana anda berkongsi informasi?

Kami berbincang bersama-sama beberapa kali sebelumnya, dan perbincangan lebih berkecenderungan kepada perkongsian informasi yang tidak formal, walaupun kami kerap mengadakan perbincangan secara bersemuka. Kebanyakan pertukaran berlaku melalui teks mesej, serta perkongsian video dan rajah yang boleh menggambarkan idea kami mengenai persembahan.

Apakah keputusan yang anda lalukan untuk memaksimumkan penggunaan ruang lokasi persembahan?

Kami mengambil keputusan untuk mengenakan asap kepada semua penonton dengan menggunakan mesin pengasap! Ini telah menyebabkan ilusi pandangan yang lebih mendalam bagi pentas persembahan. Sengaja mewujudkan imaginasi terhadap sesuatu ruang persembahan adalah menarik kerana daya imaginasi penonton telah menggalakkan pembentukan sesuatu persembahan. Kami berasa cukup lega kerana produksi ini boleh dipentaskan di Space.Toccata, yang memiliki ruang persembahan “kotak hitam” yang dalam dan amat sesuai untuk 2020.

Adakah anda bekerjasama dengan seorang dramaturg , jika ya, bagaimana?

Kami tidak bekerjasama dengan individu dramaturg. Penceritaan produksi kami adalah berdasarkan pemahaman kami yang longgar berkaitan dengan fiksyen sains, dan disebabkan fokus kami bukan dalam penyiasatan konsep-konsep fiksyen sains yang telah diperkembangkan, kami tidak mencari bantuan daripada dramaturg. Sebaliknya, kami memberi tugas kepada setiap anggota pasukan produksi supaya berkongsi pengalaman dan cerita mereka yang berkaitan dengan fiksyen sains, dan membolehkan kami membangunkan naratif persembahan daripada material tersebut.

Dalam proses pengkaryaan, adakah Chor Guan dan Steve dapat mengenal pasti lebih atau kurang kesamaan di antara mereka, selain daripada penampilan?

Proses kreatif bukan sahaja menerokai kesamaan, tetapi sengaja menciptakan kesamaan; dalam perkara tersebut, mereka berasa agak seronok kerana dapat mempelajari atau meniru tingkah laku sesama sendiri. Dari segi perbezaan, mereka berdua bersetuju bahawa perbezaan boleh berlaku apabila mereka sedang bekerjasama. Namun disebabkan mereka berfokus untuk menjadikan diri sebagai pelengkap kepada pihak yang lain untuk mencapai sesuatu matlamat yang dipersetujui, maka perbezaan yang muncul adalah tidak menonjolkan, dan ini mendatangkan kemungkinan hasil yang paling memuaskan. Mungkin pada masa-masa yang tertentu, sesetengah perbezaan kelihatan sangat ketara (mereka biasa berinteraksi sesama sendiri, dan bukan belajar untuk menjadi orang lain), namun perbezaan tersebut menambah dan tidak mengurangkan proses kreatif.

Bagaimana pengalaman tersebut mendatangkan kesan terhadap keinginan anda untuk bekerjasama sesama ahli pasukan serta dengan orang lain pada masa depan nanti?

Proses kreatif tersebut adalah penuh dengan ketegangan , namun pengalaman adalah sangat menarik dan berasa terbaik. Ini disebabkan kami sangat berminat untuk membawa artis yang berlainan ke dalam produksi, seperti pereka pencahayaan lampu jemputan dari Hong Kong telah membawa pelbagai idea yang bernas ke dalam kolaborasi tersebut. Percubaan kolaboratif dalam seni merupakan salah satu kaedah yang menyebabkan sesuatu menjadi magikal. Kami selalu mengharapkan prospek yang bercahaya dalam kolaborasi dengan individu yang berlainan, justeru menjalinkan kesetiakawanan yang kukuh di kalangan kami.

ejan-90Tan E-Jan merupakan produser/pengarah urusan dan salah seorang daripada pengasas Toccata Studio. Lebih

Untuk menghubungi penulis:
Toccata Studio, etoccata@gmail.com

Foto utama: Steve Goh dalam 2020, Space.Toccata, Petaling Jaya, Jun 2015. Foto © Alvin Shen

Skip to content