Melihat Unsur Ruang Pada Badan Manusia Melalui Pergerakan ‘Bergoncang’

Proses kreatif penghasilan karya solo Murni Omar,Lost”, membolehkan beliau melakukan eksplorasi pergerakan yang penuh dengan pelbagai kemungkinan, dengan hanya berdasarkan satu motif gerak. “Lost” merupakan projek persembahan pengijazahan akhir beliau demi memperolehi Ijazah Sarjana Seni dalam Persembahan Tari Kontemporari dari Univesity of Limerick, Ireland pada tahun 2014. Esei ini merupakan peninjauan kembali  daripada sebahagian kertas penyelidikan pasca-siswazah beliau.

Esei ini pada asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris.

 

Semasa mengikuti program pasca-siswazah di University of Limerick, saya telah menghasilkan sebuah karya solo berdasarkan penyelidikan dan pemerhatian terhadap ruang pada diri manusia dan ruang sekeliling. Pada awalnya, saya membuat keputusan untuk melakukan eksplorasi pada pakaian. Saya membayangkan baju-baju itu tergantung dari penjuru depan kanan pentas (downstage right) hingga belakang kiri pentas (upstage left). Pada saya, baju-baju ini mewujudkan imej yang menarik dan seterusnya membolehkan saya mencuba pelbagai pendekatan ke atas pakaian yang bergantung itu — bagaimana untuk memanipulasi dan menggunakan sepenuhnya sama ada secara literal ataupun sebaliknya. Imej yang muncul dalam fikiran saya ialah baju-baju yang tergantung itu boleh mewakili pelbagai karakter manusia kerana bentuk dan imej baju yang berbeza.

Seluruh proses kreatif ini mengandungi unsur spontan dan intuitif kerana idea awal saya sentiasa bertukar dan berkembang. Saya melakukan latihan beberapa kali dan melakukan eksplorasi bersama penari. Namun, saya mendapati proses tersebut tidak berjalan dengan lancar. Saya mempunyai beberapa tugasan (tasks) yang khusus seperti sentuhan badan (body contact), eksplorasi pergerakan daripada imej dan tekstur pakaian, namun saya masih tidak dapat menemui sesuatu yang tetap. Kemudian, apabila saya menonton semula proses latihan dalam video rakaman, saya mendapati sesuatu yang menarik daripada aksi menggoncangkan salah satu baju yang tergantung. Imej itu benar-benar menarik perhatian saya. Saya membayangkan jika imej goncang itu terjadi pada keseluruhan badan saya.

Murni Omar melakukan eksplorasi dengan pakaian, University of Limerick, Julai 2014. Foto © Murni Omar

Foto © Murni Omar

Daripada imej tersebut, saya menemui idea untuk melakukan eksplorasi daripada pergerakan yang ringkas iaitu bergoncang. Maka, saya membuat keputusan untuk menghasilkan sebuah tarian solo dan menjadikan pergerakan bergoncang sebagai motif pergerakan utama. Saya mencari pelbagai maksud mengenai pergerakan bergoncang di dalam kamus daripada aspek perubatan sehingga ke perspektif kebudayaan, serta turut menemui simptom tentang penyakit Parkinson. Bagaimanapun, pencarian ini hanyalah untuk pengetahuan tambahan saya sahaja dan saya tidak semestinya akan menggunakan kesemua informasi tersebut ke dalam koreografi.

Selain daripada itu, saya juga melakukan satu tugasan dengan membayangkan perbualan berlaku di antara kedua-dua belah bahu saya sendiri. Walaupun kedua-dua belah bahu itu dekat antara satu sama lain tapi mobiliti pergerakan tersebut sangat terhad. Maka, pergerakan terhad itulah yang menimbulkan tekanan atau ketegangan yang saya alami pada kedua bahu saya selama ini. Justeru saya menulis sebuah cerita ringkas sebagai sumber inspirasi atau penggerak kepada proses eksplorasi nanti:

I am a single mother and I have twin daughters, Shoul Right and Der Left. We live in a very small village called Body. Unfortunately our house is too small and cannot fit the three of us. Both my daughters are very spoilt because I love them too much. I was always fulfilling their demands. Actually, they are very lovely daughters but they have trouble changing their bad habits. They don’t realize they give others a bad impression of their mother and the entire family. I keep thinking about their lives, whether their habits would have some unpleasant effects for their future. I became worried about them so I met with a counselor to find a solution. The counselor gave me the suggestion to get to a place called The Brain to find medicines named “Do Not Assume” and “Don’t Give Up”. After I found the solution to cure my daughters, I started a new job in a place called Space so I could get some money and make our house comfortable enough for the three of us.

Oleh kerana saya hanya menggunakan cerita ini sebagai sumber inspirasi dan bukan menghasilkan pergerakan berdasarkan penceritaan, saya merasakan sedikit sulit untuk mengembangkan koreografi solo tersebut. Dengan itu, saya menggunakan tugasan ‘mendengar dan perbualan’ bagi melakukan eksplorasi terhadap pergerakan bergoncang. Saya mengadakan dua tugasan yang diinspirasi oleh dua puisi yang diterbit dalam sebuah buku bertajuk Body, Space, Image oleh Miranda Tufnell dan Chris Crickmay satu daripada Eva Kargzag and satu lagi daripada Eiko & Koma.

Listening
 

                                        To myself, and

To my surroundings,
To the song that rise up inside me and spin out beneath me,
And it’s as if I stand back, inside myself and observe….
Available to constant flow change, I can balance at the edge of the unknown and experience fearless
          (Eva Karczag)

Begin listening          eyes closed
Listen to the movement of the body/air
a still dance

Let one part of the body come to your attention
a hand
a foot
Let its ‘voice’ emerge in movement
allow the rest of the body to float/follow               

Listen to the voice of the fingers/toes
where they want to go
Offer support from the rest of the body
hand   wrist   elbow   shoulder   whole   body

Allow these other parts some voice too
Accepting ‘disagreements’ if necessary

Enjoy dialogue between parts of the body
and its surroundings
          (Eiko & Koma)

Saya mendapati tugasan tersebut penting kepada proses kreatif saya kerana ia mengingatkan saya tentang apa yang dikatakan oleh Jonathan Burrows dalam bukunya A Choreographer’s Handbook mengenai perbualan antara pengkarya dengan ‘karya’ itu sendiri: “Sometimes, the material knows more than you”. Dalam situasi saya, saya akan mendengar apa yang dikatakan oleh tubuh saya sendiri seolah-olah ia menunjukkan arah kepada perjalanan proses kreatif saya.

Dalam “Lost”, saya tidak mempunyai bentuk yang tetap terutamanya pada bahagian tengah. Saya juga mempunyai beberapa postur yang statik pada bahagian permulaan karya tersebut kerana hanya melakukan goncangan pada anggota badan tertentu saja, seperti paha. Apabila sampai di pertengahan koreografi, pergerakan bergoncang tersebut berkembang dan pergi ke anggota badan yang utama. Saya mempunyai banyak pergerakan yang tidak simetri kerana pergerakan bergoncang itu sendiri mempengaruhi kualiti pergerakan badan secara keseluruhan. Kemudian, saya mendapati bahawa pergerakan tidak simetri itu telah memberi implikasi intensiti tinggi, tidak boleh dijangka, dan berisiko kerana ia sentiasa mengandungi elemen luar keseimbangan (off-balance). Menurut Anne Bloom dan L. Tarin Chalpin dalam bukunya Intimate Act of Choreography, “Asymmetry is the shape of racing, of animals on the hunt. It is the language of distortion, pain, and the grotesque or deformed.”

Murni Omar dalam latihan untuk “Lost”, University of Limerick, Julai 2014. Foto © Maurice Gunning

Pada permulaan koreografi, saya menghadap ke penjuru ke arah penonton. Saya menggunakan pergerakan minimal dan goncangan yang kecil pada kedua-dua belah paha. Saya ingin penonton melihat bentuk simetri pada tubuh dan perlahan-lahan perasan bahawa tenaga goncangan yang sebenarnya berpunca daripada paha. Pada bahagian tengah pula, saya bergerak dalam garisan lurus mendatar dengan pelbagai bentuk getaran dan memindahkan arah hadapan. Saya juga mendapati bahawa setiap kali saya bergerak dan menghadap ke dinding belakang, projeksi yang dipantulkan dari belakang ke ruang adalah sangat kuat. Tambahan pula, pergerakan bergoncang yang ditunjukkan memaparkan kualiti yang misteri dan menimbulkan tanda tanya. Sangat sukar untuk mentafsirkan apa yang ingin disampaikan apabila melihat sesuatu dari belakang terutamanya apabila ia tidak mempunyai sebarang ekspresi muka. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna penonton atau sesiapa tidak boleh membaca bahasa tubuh seseorang dari belakang. Seorang pelaku yang bagus mampu memberi projeksi yang berintensiti tinggi walaupun hanya menggunakan bahagian belakang badan mereka. Menurut Dr. Mary Nunan, pengarah kursus program M.A yang sentiasa mengingatkan para pelajar beliau, “Jangan lupa atau abaikan ruang belakang anda, sentiasa memberi perhatian kepada ruang belakang setiap kali anda bergerak.”

Pola lantai turut memainkan peranan penting kerana saya akan menghasilkan sebuah koreografi solo. Walaupun saya boleh menghasilkan tarian yang hanya berdiri pada satu tempat sahaja, tetapi saya ingin mengembangkan eksplorasi saya terhadap ruang dengan menggunakan pergerakan bergoncang.

Pola lantai memberi pelbagai kesan dan impak. Dalam ritual tradisional atau tarian rakyat, bulatan melambangkan kekuasaan atau uniti. Penari solo yang bergerak dalam bulatan memaparkan simbol atau imej infiniti kerana ia mempunyai permulaan yang jelas tetapi memaparkan penghujung/penamat yang tidak jelas. Manakala pola lantai berbentuk geometri dengan garisan lurus memberi impak atau projeksi menyerupai tenaga tusukan anak panah. Dengan itu, kombinasi kedua bentuk pola lantai ini (simetri dan tidak simetri) memaparkan kedua-dua dinamik serta ruang persembahan yang mengandungi simbol tertentu.

Pola lantai utama saya dalam “Lost” adalah bulatan dan garisan lurus mendatar. Pada saya, kedua-dua jenis pola lantai ini mengandungi maksud yang berkaitan dengan ruang persembahan. Bulatan tersebut menunjukkan projeksi tenaga yang lahir daripada pergerakan bergoncang yang menghalakan tenaganya kepada persekitaran, manakala garisan lurus mendatar pula mewujudkan dialog antara pelaku dan penonton, ketika arah badan yang sentiasa bertukar, menghadap dan beralih dari penonton.

Dengan hanya melalui pergerakan bergoncang dalam proses merealisasikan “Lost”, saya mendapati bahawa tiada batasan terhadap penggunaan ruang yang boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah eksplorasi dalam koreografi, dan intensiti yang pelbagai pula memberi peluang kepada koreografer untuk melakukan eksplorasi terhadap segala bentuk pergerakan. Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Martha Graham: “Dancing is just discovery, discovery, discovery.” Akhirnya, proses ini membuka minda saya untuk melihat kepada minda saya sendiri supaya sentiasa menjana pemikiran yang relevan kepada aktiviti dan proses saya sebagai seorang penari dan koreografer.

 

Murni Omar merupakan seorang penari ASWARA Dance Company. Lebih

Untuk menghubungi penulis:
murnibintiomar@gmail.com

 

Foto utama: Murni Omar, University of Limerick, Ogos 2014. Foto © Maurice Gunning

Skip to content