Barisan Editor

David Lim
Ketua Editor

David Lim menerima kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam linguistik dan falsafah, dari University of New South Wales. Beliau sebelum ini merupakan individu yang bertanggungjawab dalam penerbitan dan media bagi pihak MyDance Alliance, dan masih merupakan pengarah bagi acara tahunan Contact Festival Kuala Lumpur. Beliau turut adalah pengarah bagi program Asia-Pacific Impro!, dan MyDance Improvisation Series pada tahun 2013. David amat berminat membaca dan berfikir tentang tari.

Bilqis Hijjas
Editor bersekutu & Penterjemah Bahasa Melayu

Bilqis Hijjas menulis, menghasil, mempersembahkan dan mengajar tentang tari kontemporari di Malaysia. Beliau memiliki ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Sosial dari Universiti Harvard, ijazah sarjana dalam bidang antropologi gunaan dari Australian National University, dan Graduate Diploma dalam koreografi dari Victorian College of the Arts, Melbourne. Kini, beliau memegang jawatan Pengerusi MyDance Alliance, sebuah organisasi keahlian yang menyokong perkembangan tari di Malaysia, Bilqis juga seorang pensyarah dalam bidang sejarah dan kritikan tari di Universiti Malaya, beliau menulis berkaitan dengan tari yang berlaku di kawasan Lembah Klang melalui kldancewatch.wordpress.com, serta mengarah program tari di pusat seni swasta, Rimbun Dahan, yang menawarkan residensi kepada koreografer tari kontemporari.

Koh Aun Qi
Editor bersekutu

Koh Aun Qi merupakan seorang graduan dalam pengajian Kerajaan dan Hubungan Antarabangsa dari Universiti Sydney. Beliau yang berasal dari Pulau Pinang mula bergiat dalam tari pada usia 18 tahun yang agak lewat, dan pernah berkhidmat sebagai pengerusi bagi organisasi Sydney University Movement dan Dance Society pada tahun 2013. Beliau berminat terhadap peranan seni persembahan dalam masyarakat dan peranan budaya popular dalam politik, yang selalu menjadi topik perbincangan melalui blognya, Political Beanie. Aun Qi juga menulis berkaitan dengan tari bagi Hiphop Legacy Magazine di Sydney, Australia.

Leng Poh Gee
Editor & Penterjemah Bahasa Melayu

Leng Poh Gee merupakan graduan Sarjana Seni (Seni Persembahan) daripada Universiti Malaya dan Sarjana Muda Sains (Pembangunan Manusia) daripada Universiti Putra Malaysia. Beliau kini merupakan pensyarah tari di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan salah seorang ahli jawatankuasa MyDance Alliance.

Tan Bee Hung
Editor & Penterjemah Bahasa Cina

Tan Bee Hung terlatih dalam bidang tari kontemporari dengan Kwang Tung Dance Company  (KTDT) yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Sebagai seorang penari kumpulan itu, dia pernah dipilih untuk menyertai International Young Choreographers’ Project 2013 di Taiwan. Kreasi-kreasi beliau pernah dipersembahkan dalam siri Kua Bu anjuran KTDT, MyDance Festival, Festival TARI, International Young Choreographers’ Project Showcase. Minatnya yang suka menceburi dalam pelbagai bentuk seni dan persembahan telah membolehkan beliau berpeluang untuk mengadakan kolaborasi dengan para artis daripada pelbagai latar belakang.

Editor Jemputan

Ashraf Zain (Pengeditan Bahasa Melayu)

Chow Yong Shuang (Pengeditan Bahasa Cina)

Iskandar Zulkarnain (Pengeditan Bahasa Melayu)

Leo Yap (Pengeditan Bahasa Cina)

Christopher Liew (Pengeditan Bahasa Cina)

Lim Siew Ling (Pengeditan Bahasa Cina)

Skip to content