Editorial: Satu Ruang Untuk Perkongsian

Pengerusi MyDance Alliance Bilqis Hijjas berkongsi harapannya untuk Langkah dalam menyeberangi jurang di antara fizikal dan verbal, dan juga antara pelbagai bahasa komuniti di Malaysia.    

Esei ini pada asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Saya duduk menghadapi komputer riba saya, di dalam satu acara perhimpunan tari antarabangsa, cuba menulis satu artikel, apabila seorang cendekiawan tari ternampak dan mengatakan, “Ini adalah satu perbuatan yang biasa dilakukan oleh penari.” Saya tidak sedar bahawa setiap kali saya berhenti seketika untuk mencari-cari istilah yang sesuai, saya menggerakkan tangan saya. Dengan menggunakan pergerakan, saya boleh fokus dan mengarahkan pemikiran saya. Malah, sesetengah buah fikiran saya adalah lebih mudah diluahkan melalui pergerakan; menterjemahkan buah fikiran ke dalam bentuk perkataan adalah mencabar sekali.

Ini adalah masalah yang umum kepada para penari, terutamanya semasa mereka cuba menulis berkaitan dengan tari. Memang benar bahawa ramai penari mungkin memiliki kecerdasan fizikal yang bersaing, atau melampaui, kecerdasan lisan mereka, namun, seperti yang dikatakan oleh Wayne McGregor, “Kita melakukan satu kesilapan besar terhadap kita sendiri dalam seni tari dengan mengatakan tari itu adalah sebuah bentuk seni yang bukan intelektual.” Pengarah artistik daripada Random Dance Company di United Kingdom serta penerima salah satu anugerah daripada Dance Magazine tahun ini bertambah, “Sebenarnya, hubungan antara otak dan badan adalah sangat kritikal.” [http://www.dancemagazine.com/issues/December-2014/Dance-magazine-awards-2014#sthash.0S6yGPrK.dpuf]

Langkah merupakan satu percubaan untuk memanifestasikan hubungan di antara otak dan badan ini, untuk membenarkan pengalaman fizikal kami yang berkaitan dengan tari dibentukkan melalui perkataan. Ia bukan semata-mata direka untuk memenuhi kehendak para penari yang juga memainkan peranan pembaca dan penulis. Langkah bercita-cita untuk menjadi satu ruang yang senang diakses dan dikongsi bersama oleh semua penari Malaysia, dengan membuka pintu dan mengizinkan kita melihat sekilas apa yang berlaku dalam ruang peribadi di belakang pentas, di atas pentas dan di dalam studio. Dengan menekankan dan menghuraikan proses kreatif kami, diharapkan Langkah akan menggalakkan kami supaya lebih bersifat dalaman semasa latihan raptai dan persembahan.

Selain mendekati jurang antara gerakan fizikal dan penghujahan verbal, Langkah juga berazam untuk menyeberangi satu jurang lain dengan langkah yang besar. Di Malaysia, salah satu kegagalan komunikasi yang ketara berlaku disebabkan kewujudan jurang antara pelbagai penggunaan bahasa masyarakat kita. Oleh kerana kekurangan bahan bertulis yang ditawarkan menggunakan lebih daripada satu bahasa, maka kita dipisahkan oleh bahasa yang kita biasa. Langkah berjanji untuk memiliki sifat berbilang bahasa, dan melakukan satu tuntutan yang bercita-cita tinggi di kalangan masyarakat berbilang kaum dan komuniti antarabangsa, yang kita selalu bayangkan bahawa kita adalah sebahagian daripadanya.

Langkah merupakan buah hasil yang penting kepada David Lim, dan beliau telah mencurahkan banyak masa ke dalamnya. Tetapi ia juga adalah bukti apa yang kami boleh selalu mencapai dan hanya boleh dicapai dengan bersama-sama. Manusia yang mendirikan komuniti tari kita – penari, koreografer, pengajar, pengkaji, fotografer – melakukan sumbangan yang kecil tanpa mengharapkan keuntungan wang. Mereka menulis, menyunting, atau menterjemah artikel-artikel, atau menyumbangkan fotografi mereka. Hasil akhirnya, seperti berjuta-juta dollar yang boleh dikumpul melalui sumbangan dana mikro, adalah lebih besar daripada apa yang kita boleh mencapai atas usaha kita sendiri. Kita semua mempunyai pegangan kepentingan dalam projek ini. Kita harus berbangga terhadapnya.

Bercakap tentang sumbangan dana mikro, seperti mana-mana projek, Langkah mempunyai perbelanjaan asas yang tertentu. Sebilangan kecil artikel telah dihasilkan ekoran daripada bantuan kewangan kecil yang disalurkan daripada MyDance Alliance kepada penari Malaysia untuk mengambil bahagian dalam peluang pembangunan dan penjalinan rangkaian yang profesional di luar negara. Jika anda yang murah hati ingin membantu dalam perbelanjaan operasi kami, atau menyokong kami dari segi sumbangan kewangan, atau anda hanya ingin merasmikan hubungan anda dengan komuniti tari Malaysia dengan menjadi ahli MyDance Alliance, anda boleh menyertai atau menderma melalui PayPal di www.mydancealliance.org/become-a-member.html.

Terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang, dan taniah kepada David Lim! Saya berharap, sama ada anda ialah penari atau tidak, anda dapat mencari pandangan dan pemerhatian yang baharu daripada membaca Langkah, yang akan memperkayakan hidup anda dari segi fizikal dan mental. Jika anda mempunyai sebarang maklum balas atau cadangan, sila hubungi langkah@mydancealliance.org.

Bilqis Hijjas menulis, menghasil, mempersembahkan dan mengajar tentang tari kontemporari di Malaysia. Lebih

Untuk menghubungi penulis:
; kldancewatch.wordpress.com

Foto utama: Foto © Huneib Tyeb