Sumbangan

ISU SETERUSNYA: Edisi 2021

Panduan Penyerahan

Langkah menjemput anda untuk menyumbang penulisan dan grafik. Penyerahan diterima sepanjang tahun.

Penulisan

  • Esei-esei daripada perspektif penari, koreografer, atau penerbit mengenai persembahan, bengkel, lab, atau festival tari kontemporari yang diadakan pada tahun 2020 atau 2021.
  • Esei daripada golongan pendidik tarian kontemporari mengenai proses pengajaran. Esei tersebut digalakkan mengandungi perkembangan terbaru, yang berlaku dalam tahun 2020 atau 2021.
  • Kami TIDAK memerlukan ulasan kritik! Oleh itu, anda diminta hanya menulis mengenai acara-acara yang anda terlibat, sama ada sebagai penari, pengkarya atau penerbit.
  • Anda boleh menulis dalam format-format berikut: diari kasual, laporan, dokumentasi, analisis kritikal, atau temu bual.
  • Kami mencadangkan had perkataan antara 400 ke 1,800 patah perkataan.
  • Sila sertakan gambar atau lukisan (rujuk bawah).

Grafik

  • Gambar. Gambar mesti beresolusi tinggi dengan keterangan. Sila nyatakan nama jurugambar, nama-nama penari/individu dalam gambar, nama tarian atau acara, tarikh, dan lokasi. Anda juga boleh menyerahkan gambar beresei (foto bersiri yang dirantaikan untuk menyampaikan sesuatu cerita).
  • Lukisan. Sila sertakan kapsyen dan kredit.

Maklumat penting:

  • Semua artikel dan foto harus mengenai tari kontemporari yang dipersembahkan di Malaysia oleh penduduk di Malaysia. Bagi tarian yang dihasilkan atau dipersembahkan di luar negara, tarian tersebut mesti melibatkan warganegara Malaysia.
  • Anda boleh menyerahkan esei dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan/atau Bahasa Cina.
  • Sumbangan anda adalah secara sukarela; ianya bukan satu tugasan yang berbayar. Sekiranya penerbitan ini memperolehi bantuan kewangan atau geran, semua individu yang terlibat (iaitu penyumbang kandungan, editor, penterjemah dan jurugambar) akan mendapat sebahagian daripada hasil pendapatannya .
  • Sila hantar segala sumbangan atau pertanyaan ke langkah@mydancealliance.org.
Skip to content