Bio Penulis

Chai Vivan memegang ijazah Sarjana Muda dalam bidang koreografi dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan merupakan salah seorang penari utama di ASWARA Dance Company. Beliau telah terlibat dalam produksi tempatan dan antarabangsa. Koreografinya, “Cicak” telah berjaya memasuki pusingan akhir dalam pertandingan NO BALLET di Ludwigshafen, Jerman. Karya yang sama turut dicalonkan sebagai Koreografi Terbaik (Kategori Persembahan Tari Bercampur) dalam Anugerah Seni BOH, Malaysia. Beliau pernah menyertai Southeast Asian Choreolab yang pertama yang dianjurkan oleh MyDance Alliance, serta International Choreolab di Angers, Perancis yang dianjurkan oleh World Dance Alliance di mana beliau menghasilkan karya koreografinya, “LUST”. Beliau kini sedang mengikuti ijazah sarjana dalam Choreographing Live Art di Universiti Lincoln, United Kingdom. [2015]

Kathryn Chew Yee Hsuen bermula latihan tari balet sejak muda lagi di Federal Academy of Ballet. Beliau kemudian didedahkan kepada tari tradisional Melayu, tari tradisional Cina, tari klasik India dan tari kontemporari semasa menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Tari) di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya (UM).Semenjak itu, beliau berpeluang untuk bekerjasama dengan para koreografer tempatan dan terlibat dalam pelbagai acara tari seperti siri Dancebox anjuran MyDance Alliance (2018, 2019), Panggung Seni Tari (2018), Persidangan Antarabangsa Pendidikan Tari (ICONDE 2018), serta persembahan ensembel tari kontemporari UMa dan KESUMA (Kumpulan Kesenian Universiti Malaya). Kathryn kini bekerja sebagai guru tari, koreografer, penari, dan editor e-surat berita MyDance Alliance, sementara melanjutkan pelajarannya di peringkat Sarjana Seni Persembahan (Tari) di UM. Beliau juga menyertai kumpulan-kumpulan tari yang bergiat aktif seperti WuXu Dance Troupe, Kuala Lumpur Dance Theatre dan The Dance Society of Malaysia (TDS). [2019]

Ashley Dyer merupakan seorang pencipta persembahan, fasilitator bengkel dan produser. Sebagai seorang pencipta persembahan, hasil karya beliau adalah bersifat kepelbagaian yang sering menggabungkan tari/pergerakan harian dengan teknik nyanyian yang luar biasa, teks, imej, dan instalasi. Sebagai fasilitator bengkel, beliau pernah mengarahkan program-program yang mengambil masa dari dua jam hingga tiga minggu dengan artis-artis yang terkenal dan bakat-bakat muda di peringkat antarabangsa. Sebagai produser, beliau pernah diambil bekerja oleh Next Wave Festival 2012 dan sebagai sebahagian daripada inisiatif artis yang dikendalikan Quarterbred, beliau mengurus dan mengasaskan festival seni Erskineville, Tiny Stadiums. Pada bulan Mei 2013 beliau telah dianugerahkan Creative Australia Fellowship for Early Career Artists oleh Australia Council for the Arts. [2017]

Faillul Adam pernah dipilih untuk menyertai program International Cultural Exchange yang dianjurkan oleh The John F. Kennedy Center for the Performing Arts, di mana beliau berpeluang menari di Philadelphia dan New York City. Pada tahun 2011, beliau mempersembahkan Plan B, satu produksi karya penuh tari kontemporari dan dijemput untuk mengadakan kolaborasi dengan Floor Fever, satu kumpulan hip-hop tempatan yang terkenal. Beliau merupakan pensyarah selama dua tahun di Fakulti Tari, ASWARA (2011-2013). Pada tahun 2013, beliau menerima biasiswa daripada ASWARA untuk melanjutkan program pasca siswazah di University of Limerick. Pada tahun 2014, beliau turut dipilih untuk menyertai Step up Dance Project di Ireland yang dianjurkan Fabulous Beast Dance Theatre. Beliau menghasilkan “Under One Roof”, “Planet Marikh” dan “Sack It” sebagai persembahan penilaian akhir untuk ijazah Sarjana beliau, dan juga “S.T 2” untuk penilaian tahun akhir ijazah Diploma ASWARA 2015 baru-baru ini. [2019]

Fairul Zahid memegang ijazah Sarjana Muda Tari (Persembahan) daripada Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Dengan kaedah latihan di ASWARA, Fairul mahir dalam kedua-dua genre tari tradisi dan kontemporari. Beliau pernah mengadakan persembahan di bandar-bandar besar seperti Los Angeles, Perth, Yogyakarta, Jakarta, Nara City dan Berlin, dan telah mewakili Malaysia dalam World Championship of Performing Arts di Los Angeles pada tahun 2010. Pada tahun 2012, hasil karya koreografinya Two memenangi pelbagai anugerah di Short+Sweet Dance Festival. Setahun kemudian, Two dipersembahkan dalam bentuk hasil karya panjang. Fairul turut pernah berkhidmat dalam projek Yayasan Sime Darby “Connecting Communities: National Dance Tour”. Sejak tahun 2011, beliau dilantik sebagai penari utama/ koreografer bagi ASWARA Dance Company. Fairul kini merupakan calon program MFA dalam seni tari di Universiti New York. [2015]

Fauzi Amirudin berkhidmat sebagai penari utama di ASK Dance Company (ADC). Beliau pernah mewakili Malaysia ke World Championship of Performing Arts di Los Angeles dan memenangi tiga pingat emas pada tahun 2011. Pada tahun 2014, beliau memenangi Anugerah Koreografer Terbaik dalam kategori persembahan tari pendek sempena Anugerah Seni BOH Cameronian melalui pementasan “2 by 2” yang dihasilkan oleh ADC. Pada tahun 2016, beliau dipilih untuk menyertai projek pementasan “One Piece”, yang dikoreograf oleh Un Yamada dan latihan dijalankan secara intensif di Jepun. Pada tahun 2017, beliau telah dijemput sekali lagi menyertai Un Yamada Dance Co untuk mementaskan karya “A City Without Seasons” di Tokyo. Beliau dipilih untuk menyertai International Young Choreographer Project 2017 di Taiwan. [2017]

Sebagai profesor di The Hong Kong Academy for Performing Arts sejak 2016, Joseph Gonzales pernah bertugas sebagai dekan fakulti tari di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, Malaysia dari tahun 1998-2015. Beliau telah melakukan persembahan dan koreografi secara profesional dalam pelbagai genre tarian dan teater sejak tahun 1981 termasuk UK National Tour dan produksi West End, The King and I (1990/91). Beliau merupakan seorang penulis dan penyampai bagi bidang tari di Malaysia, seorang koreografer-pendidik yang didorong oleh isu-isu sosial, seorang kurator pelbagai festival antarabangsa, bekas ketua-bersama bagi Asian Dance Committee di Korea Selatan, bekas pengerusi MyDance Alliance, serta bekas naib pengerusi SEA World Dance Alliance Asia-Pacific. Joseph juga merupakan pengasas dan pengarah artistik bagi ASK Dance Company (yang ditubuhkan pada 2011). Beliau menggunakan tari sebagai satu jambatan untuk memahami kepelbagaian budaya, serta sebagai satu alat untuk pemerkasaan kebeliaan dan sebagai satu penyebar yang menunjukkan kehadiran Malaysia di pentas peringkat antarabangsa.

Imran Syafiq Mohd Affandi, yang dilahirkan di Kuala Lumpur, telah terjerumus ke dalam persembahan tari semenjak di sekolah menengah. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya di ASWARA dan seterusnya memiliki Diploma Tari dengan anugerah Graduan Tari Terbaik. Beliau yang baru-baru ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Tari (Persembahan), memilik tari klasik India (Bharatanatyam) sebagai pengajian majornya. Beliau pernah mengadakan persembahan di dalam dan luar negara seperti Papua New Guinea, Indonesia, Australia, Singapura dan Korea (wakil Malaysia di Asian Frontier Forum). Beliau pernah melibatkan diri dalam persembahan 2by2, Take Off!, Vishwa Vinayaka (hasil kolaborasi bersama Temple of Fine Arts di Perth dan KL), dan juga dalam produksi ballet Coppelia yang dianjurkan oleh Danceworks Production dan dilangsungkan di Istana Budaya, serta produksi anjuran KLPAC A Streetcar Named Desire. Kini, beliau merupakan pemain solo di ASWARA Dance Company. [2016]

Joelle Jacinto merupakan pensyarah di Universiti Malaya, yang pakar di bidang koreografi, ballet dan teknik tari kontemporari. Beliau yang sedang mengikuti program PhD dalam seni tari di universiti yang disebut, fokus kepada perwarisan, pengajian pascakolonial dan penyelidikan yang berdasarkan pengamalan. Berasal dari Manila, Filipina, Jacinto berkelulusan ijazah Sarjana Pengajian Seni (2007) dan ijazah Sarjana Muda Muzik dalam Tari (1999) daripada University of the Philippines. Selain daripada seorang bekas pemain solo di Philippine Ballet Theatre (1996-2010), beliau juga bekas pensyarah program tari di De La Salle College, St. Benilde School of Design and Arts (2006-2009), guru utama merangkap juruwakil kepada TEAM Dance Studio (1995-2013), serta pengkritik tari untuk suratkhabar Malaya (2002-2007) and Runthru Dance Magazine (2008-2014). Jacinto juga pernah berkhidmat sebagai pengarah festival bersama (2012) dan penasihat dramaturgi (2014) untuk Wifi Body Festival. Beliau kini merupakan koordinator projek untuk World Dance Alliance – cawangan Filipina, serta seorang ahli kehormat di MyDance Alliance. [2015]

Lee Choy Wan yang terlatih dalam tari kontemporari dengan Kwang Tung Dance Company merupakan salah seorang ahli utama dalam kumpulan tersebut. Beliau telah terlibat secara aktif dalam persembahan di dalam dan luar negara termasuk Jerman, China dan Singapura. Karya beliau “Met.a.mor.pho.sis” telah dijemput ke Contact – A Week of Dance di Singapura pada tahun 2011. Pada tahun 2014, beliau telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam American Dance Festival (ADF) International Master Class di Henan, China, di mana beliau menyampaikan persembahan tari solo sendirinya, “The Next Door”. Koreografi terbaru beliau, “The Corner”, telah dipersembahkan sempena Kua Bu Ke-9, The Unicorn’s Travelogue, di Damansara Performing Arts Centre (DPAC) pada tahun 2014, dan telah juga dijemput ke Pesta Seni Shantanand 2014 di Kuala Lumpur. Choy Wan sentiasa berminat dalam menyiasat dan mengembangkan cara yang berbeza untuk mengawal badannya. Rasa ingin tahu ini telah membawa beliau kepada pembelajaran, pengamalan dan persembahan improvisasi sentuhan [contact improvisation] sejak 2013. Pada tahun yang sama, beliau turut mengambil bahagian di Asia Pasifik Impro! di DPAC. [2015]

Christopher Liew Vui Ngee merupakan Pengarah Artistik Teater bagi Borneo Dance Theatre dan Synergy Dance Theatre (SDT). Pada tahun 2004, beliau berkelulusan dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Seni Tari daripada Chinese Cultural University, Taiwan, dan kemudian kembali ke Kota Kinabalu untuk mengasaskan studio tari diri beliau dan menumpukan usahanya ke dalam pengajaran. Dengan adanya SDT dan Synergy Dance Studio (unit yang menekankan kepada pengajaran tari di bawah naungan SDT) Liew mengarahkan sekurang-kurangnya tiga persembahan setiap tahun. Pada tahun 2009, Synergy menganjurkan Primitive Bond Art Festival yang pertama, demi mempromosikan seni di kalangan masyarakat umum, serta bertujuan untuk menjalinkan hubungan di kalangan pelbagai bentuk seni, dan kumpulan atau individu seni yang berbeza. Pada tahun 2012, Liew mengasaskan Borneo Dance Theatre, satu kumpulan tari sepenuh masa yang profesional. [2015]

Lim Hong Jie adalah seorang penari profesional di Dua Space Dance Theatre. Sebagai seorang graduan bidang sains, dia menukar arah ke bidang seni tari, serta mula belajar menari dan menerima latihan tarian kontemporari dan tarian Cina di Dua Space Dance Theatre pada usia 23. Beliau telah menari dengan kumpulan tersebut di seluruh Malaysia dan bandar-bandar lain di luar negara seperti Singapura, Manila, Taipei, Taichung, Tainan, Changhwa, Taoyuan dan Barcelona. [2016]

Lim Pei Ern dibesarkan di negeri Sabah, Malaysia. Beliau seorang siswazah dari LASALLE College of Arts, Singapura, dengan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dengan Kepujian, dalam bidang Tarian. Sebelum menjadi seorang penari bebas pada tahun 2017, selama lima tahun beliau telah menari untuk syarikat-syarikat antarabangsa seperti Odyssey Dance Company, John Mead Dance Company, The Human Expression Dance Company (T.H.E) dan DPAC Dance Company. Pei Ern juga telah menari di dalam Puppets oleh Pauline Rosolen (Jerman) di Teater de La Ville, Paris, dan di dalam People Without Seasons oleh Un Yamada (Jepun). “You/Me?”, yang dikembangkan bersama-sama dengan pelakon Malaysia Thomas Pang, telah dipersembahkan di Singapura pada tahun 2017. Pei Ern kemudiannya menghasilkan Nyanyian Bumi dengan kerjasama Atsushi Heki (Jepun) dan Aco Ridwan (Indonesia). Bersama dengan Atsushi, beliau kembali dengan versi baru Singularity untuk Kyoto Experiment 2018. Pada tahun 2019, beliau telah dijemput untuk membuat koreografi dan persembahan di Rainforest Fringe Festival (Kuching), George Town Festival (Pulau Pinang), Festival Goyang Karawang (Indonesia) dan Tari International Dance Festival (Kuala Lumpur). [2017]

Lim Shin Hui merupakan seorang penari dan pendidik bebas di dalam bidang seni persembahan, yang kini sedang mengikut program sarjana dalam pendidikan jasmani di Universiti Malaya (UM). Beliau dilatih dalam seni balet dengan mengikut kurikulum Royal Academy of Dance sejak berusia lapan tahun dan kemudiannya mendapat kelulusan ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Tari) dari UM. Beliau amat berminat bekerjasama dengan kanak-kanak, yang sentiasa menjadikan sumber inspirasi kepadanya dan seterus mencetus keinginannya untuk mendalami bidang pendidikan tari. Lim merupakan bekas penari LAPAR Lab, dan kini merupakan salah seorang ahli daripada Kwang Tung Dance Company. Beliau memainkan peranan sebagai perancang dan pengajar di tadika, pusat-pusat pengajian swasta, studio tari dan sekolah-sekolah rendah, serta aktif melibatkan diri dalam pendidikan seni komuniti. Pada tahun 2014, beliau mengasaskan POLKA DOT_Creative Hub untuk mempromosikan pendidikan tari untuk kanak-kanak. [2017]

Murni Omar merupakan seorang penari ASWARA Dance Company yang memegang Ijazah Sarjana Seni dalam Persembahan Tari Kontemporari dari University of Limerick, Ireland. Beliau pernah melibatkan diri dalam persembahan hasil karya daripada Joseph Gonzales, Suhaili Ahmad Kamil, Steve Goh, Zhou Gui Xin, Suhaimi Magi, Wong Kit Yaw dan Shafirul Azmi Suhaimi. Pada tahun 2009, beliau adalah salah seorang fasilitator bagi  program bengkel Dancing to Connect, dan melibatkan diri dalam The Legend: The Journey Begins, satu produksi kolaborasi di antara Maya Dance Theatre, Singapura dan ASWARA. Pada tahun 2013, semasa beliau melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di Ireland, beliau pernah menyertai Professional Dance Lab yang dianjurkan oleh Iseli-Chiodi Dance Company, serta Step Up: Dance Project bersama-sama Michael Keegan-Dolan. Beliau kembali ke tanah air pada akhir tahun 2014, dan telah mempersembahkan hasil-hasil karya Joseph Gonzales (Becoming King: The Pakyung Revisited),  Naim Syahrazad dan Fauzi Amiruddin. [2016]

Setelah mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Tari dari Middlesex University, London pada tahun 2007, Minori Nagai menyertai dan mengadakan persembahan dengan Away At Performing Arts (AAPA). Beliau kini bekerja dengan Hinodemachi Danchi Studio di Tokyo (yang diasaskan oleh AAPA pada tahun 2013), dan mengajar kelas dan bengkel untuk pelbagai golongan masyarakat dari kanak-kanak ke dewasa yang tidak mempunyai pengalaman tari. [2017]

NorbaizuraNorbaizura Abdul Ghani yang lahir dari Kuala Lumpur pada tahun 1986, menerima segulung ijazah Diploma Tari pada tahun 2007 dan ijazah Sarjana Muda Tari (Persembahan) pada tahun 2010 dari ASWARA. Beliau pernah mengadakan persembahan di Malaysia dan luar negara seperti Thailand, China, Indonesia, Australia, England, Hong Kong, India dan Singapora. Beliau pernah melibatkan diri dalam pementasan Tunku, the Musical serta produksi-produksi bharatanatyam antarabangsa yang berprestij seperti An Adoration of…Ganga (2011) daripada Mystic Creations, persembahan lawatan Crossing Borders in Bharatanatyam di New Delhi dan Jammu, India (2014), serta The Legend: The Journey Begins daripada Maya Dance Theatre di Singapura. Baizura juga penerima anugerah Koreografer Terbaik dalam Anugerah Seni BOH Cameronian 2015 melalui produksi penuh Crossing Borders in Bharatanatyam. Beliau juga memenangi Anugerah Khas Juri Selangor – Tokoh Seniman Muda pada tahun 2011. Beliau kini merupakan seorang pensyarah di Fakulti Tari, ASWARA. [2016]

Norsafini Jafar yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) memiliki Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (pengkhususan tarian klasik Melayu — joget gamelan) dari ASWARA, serta Ijazah Sarjana dari Universiti Malaya. Sebagai seorang penari, beliau telah melibatkan diri dalam beberapa festival tarian antarabangsa seperti di China, Vietnam, Sweden dan Singapura. Hasil karya beliau, “Sedarah Seteru” pernah memenangi anugerah Juara Tarian Kreasi Baru dalam pertandingan Festival Tari 2013, serta “Ratu”, satu karya yang memenangi Outstanding Contribution Award dalam Short+Sweet Festival Malaysia 2014. Sebagai seorang ilmuan muda, beliau pernah membentang dapatan penyelidikan beliau sempena International Conference of Culture and Creativity, Taiwan 2014. [2017]

Nurulakmal Abdul Wahid berasal dari Kuching, dan berlatarbelakangkan latihan tari tradisi Sarawak. Sejak berpindah ke Kuala Lumpur, beliau telah mengadakan pesrembahan di TARI ’07, Universiti Malaya Dance Concert 2007, dan Showcase KESUMA dan UMa. Dalam pada itu, beliau juga melibatkan diri dalam persembahan karya-karya tari kontemporari seperti That Time, Contact, Skrowtra, Instants, Fade, Mawar, Tanya Sama Hati, Try, Munajat Bertari, Trojan, UMAI, Voices, 1 Roh 1 Jasad, Rusuk, Raheem dan Seven. Sebagai koreografer, Nurul pernah menghasilkan Rail, Similar, Try, Which Room are You, Similar 2, Their Journey, She Simply Disappears, Only One dan “Wah!Ehh..Sshh..”. Nurul turut menyertai produksi River Meets Light sempena George Town Festival 2011, dan beliau pernah mengadakan persembahan di Australia, Indonesia, Nepal dan Argentina. Pada tahun 2014, hasil karya beliau Their Journey telah memenangi anugerah Produksi Terbaik Keseluruhan dalam Festival Tari Short + Sweet anjuran penangpac. Nurul yang pernah berkhidmat sebagai penari sepenuh masa di PETRONAS Performing Arts Group kini merupakan seorang pengajar tari di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. [2016]

Tan E-Jan ialah salah seorang daripada pengasas bagi Toccata Studio, satu organisasi seni persembahan yang fokus kepada persembahan kontemporari kolaboratif. Beliau sering menganjurkan kolaborasi antarabangsa, untuk meningkatkan tahap kesedaran dan apresiasi masyarakat terhadap seni persembahan. Pada tahun 2014, E-Jan menghasilkan RE-RevoEvo di London dan menyertai Asian Producers’ Platform di Korea Selatan. Atas jemputan daripada Kementerian Kebudayaan dan Komunikasi Perancis, beliau pernah mewakili Malaysia untuk menyertai seminar kebudayaan yang dilangsungkan di Paris dan Nantes pada awal tahun 2015. Pada tahun yang sama, beliau turut menyertai International Theater Festival Okinawa for Young Audience serta menyertai  Perjumpaan IETM Asian Satellite di Korea Selatan. [2017]

Tan I-Lyn menerima latihan tari ballet klasik Royal Academy of Dance (RAD) sejak berusia tiga tahun dan melengkapkan tahap Advanced 2 di Sri Wilayah Ballet Centre, Taman Tun Dr Ismail. Beliau pernah melakukan persembahan dalam beberapa festival tari di Kuala Lumpur, seperti Living Heritage Malaysian Dance Festival pada tahun 2005, dan produksi The Dance Society Malaysia, The Slave Princess pada tahun 2007. Beliau pernah bekerjasama dengan koreografer seperti Lee Yupin, Chong Wan Chin, Carol Ainsworth dan Judimar Hernandez. Pada tahun 2010, I-Lyn melanjutkan pengajiannya dalam tari kontemporari di Victoria College of Arts (VCA) di Melbourne, Australia, di mana beliau telah diajar oleh Jenny Kinder, Dr. Neil Adams, Phillip Adams, Linda Sastradipradja, mendiang Paul de Masson dan sebagainya. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Tari pada tahun 2012. Beliau yang telah kembali ke Malaysia kini sedang mengajar dan menari di Sri Wilayah Ballet Centre. [2015]

Wong Jyh Shyong (JS) memperoleh Ijazah Sarjana Seni Halus daripada Institusi Siswazah jurusan Koreografi, di Taipei National University of the Arts pada tahun 2013, serta berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus, dengan Kepujian Kelas Pertama daripada Hong Kong Academy for Performing Arts pada tahun 2005. Beliau merupakan bekas penari bagi Cloud Gate Dance Theatre Taiwan dari tahun 2005 hingga 2009. Beliau juga merupakan pengarah artistik di Damansara Performing Arts Center (DPAC) dan DPAC Dance Company dari tahun 2013 hingga 2016. JS memenangi Anugerah Penari Utama Terbaik dalam Anugerah Seni BOH Cameronian yang ke-9 dan ke-11 di Malaysia. Beliau kini berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Tari di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya. [2020]

SueKi Yee yang merupakan bekas penari bagi ASK Dance Company (2016-2019) kini bekerja secara bebas sebagai seorang penari, koreografer dan pengajar. Dengan latar belakang tari kontemporari dan balet, beliau mempelajari pelbagai bentuk tari klasik dan tari rakyat tradisional semasa mengikuti Sarjana Muda Tarian (Kepujian) di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, yang kemudiannya lulus dengan Kepujian Kelas Pertama pada 2017. Beliau adalah berminat untuk menerokai kepelbagaian dalam tari, khususnya dalam pengkaryaan eksperimental silang-genre dan multidisiplin, serta improvisasi. Karya-karya terbaharunya termasuk solonya “But would you know if a fishbowl is just a fishbowl?”, yang dipersembahkan di pelbagai festival di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Mexico City; “BIND: A State of Mind”, satu kolaborasi multidisiplin anjuran KongsiKL; dan “ceXsored”, yang dihasilkan khas untuk Brazen Magazine, dan kemudiannya dipilih untuk persembahan SEASONING SUMMER anjuran United Cowboys di Eindhoven serta International Forum of Performance Art in Drama, Greece. [2020]

Dr Hennie Yip memiliki pengalaman lebih dari sembilan belas tahun di dalam bidang pembangunan pendidikan dan penyelidikan, dengan fokus kepada implimentasi peningkatan pembelajaran melalui teknologi (technology-enhanced learning, TEL) untuk menyokong kegiatan pembelajaran dan pengajaran di seluruh institusi. Beliau mempunyai pengalaman dalam bekerjasama dengan guru dan pengurus kanan di institusi pengajian tinggi, di United Kingdom dan Hong Kong. Bidang penyelidikannya fokus kepada perancangan aktiviti dan pengalaman dalam pembangunan profesional campuran untuk membantu melibatkan para pengajar dalam pelaksanaan TEL yang menyokongkan pembelajaran aktif dengan pelajar. Dr Yip mempunyai lebih dari lapan tahun dalam jawatan pengurusan, dan jawatan terakhirnya adalah timbalan ketua Hub Innovation di The Hong Kong Academy for Performing Arts, di mana beliau merancang dan menyokong aktiviti pembangunan profesional untuk pengajar, dan mengetuai pelaksanaan Learning Management System yang pertama di akademi tersebut: CANVAS. Beliau juga merupakan ahli bertauliah (CMALT) daripada Association for Learning Technology (ALT) di UK.

 Artis Ketrampilan

Indrani Kopal merupakan penerima anugerah sebagai pengarah filem dokumentari independen warganegara Malaysia. Selepas berkhidmat selama enam tahun dalam bidang kewartawanan multimedia di Malaysiakini, beliau menerima biasiswa Fulbright pada tahun 2012 untuk melanjutkan ijazah Sarjana Seni Halus dalam dokumentari filem di Universiti Hofstra, New York. Filem terbaru beliau, The Game Changer, memenangi anugerah Dokumentari Pendek Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Harlem 2014 dan juga diterima oleh sepuluh festival filem lain di Amerika Syarikat. [2015]

JS Wong merupakan pengarah artistik Damansara Performing Arts Centre (DPAC). Beliau menerima BFA dari Hong Kong Academy for Performing Arts dengan Ijazah Kelas Pertama pada tahun 2005 dan MFA dari Institut Koreografi Pascasiswazah, Taipei National University of the Arts (TNUA) pada tahun 2013. Beliau merupakan bekas penari Cloud Gate Dance Theatre Taiwan dari tahun 2005 hingga 2009. Beliau menerima anugerah Penari Terbaik sempena BOH Cameronian Arts Awards yang kesembilan dan kesebelas melalui produksi JS Dance Theatre, Fragile (2011), serta produksi bersama Niche Design dan Pentas Project, Double Punctum (2013). Di bawah pimpinan beliau, DPAC Dance Company ditubuhkan dan telah mempersembahkan hasil karya beliau seperti G for Girls sempena MyDance Festival, Soloing sempena TARI ‘13, and (0) Zero sempena d’MOTION International Dance Festival 2013. Pada tahun 2014, beliau telah dijemput sebagai koreografer/pemain/tutor tetamu di Australia, Taiwan dan India. [2016]