Siri Kua Bu Kesembilan: The Unicorn’s Travelogue

Tan Bee Hung dari Kwang Tung Dance Company menceritakan kreasi-kreasi koreografi yang terdapat dalam siri Kua Bu Kesembilan: Travelogue The Unicorn.

Esei ini pada asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris.

 

Pada tahun 2014, Kwang Tung Dance Company (KTDC) meraikan ulang tahun penubuhan yang ke-34. Kini kumpulan tersebut terdiri daripada 20 penari—semuanya adalah penari separuh masa dan mempunyai pekerjaan harian masing-masing. Tahun-tahun kebelakangan ini, KTDC telah berusaha dalam mempromosi dan melatih koreografer dan penari muda melalui program-program khas seperti We Dance Training Program dan Kua Bu. Kumpulan tersebut menawarkan kelas-kelas teknik tari kepada penari-penari yang bertekad dan menganjurkan persembahan tari setiap tahun demi membekalkan satu platform untuk mereka menari dan berkembang.

Dari 21 November 2014 hingga ke 23 November 2014, KTDC telah mengadakan Kua Bu kesembilan yang bertajuk The Unicorn’s Travelogue, di Damansara Performing Arts Centre.

Kua Bu yang bermaksud “melangkah maju” atau “mencapai kemajuan” dalam bahasa Cina, membekalkan satu platform yang berbeza bagi para penari untuk mempamerkan bakat dan kebolehan mereka. Penari-penari perlu mengambil tanggungjawab penuh ke atas pengurusan keseluruhan dan mempunyai kuasa penuh dalam pengarahan artistik bagi program tersebut. Dalam pada itu, perkara yang paling penting adalah semua kreasi yang terdapat di dalam Kua Bu dikoreograf dan dipersembahkan oleh penari-penari kumpulan. Untuk edisi siri Kua Bu yang kesembilan ini, The Unicorn’s Travelogue, terdapat enam penari yang terlibat dalam koreografi, yang dipersembahkan oleh lima belas penari.

Persembahan tersebut bermula dengan karya “RED” yang dikoreografkan oleh Anges Leong. Karya ini diilhamkan daripada sebuah lukisan merah yang beliau melihat di dalam sebuah galeri seni di Vietnam. Sebentang kain merah besar dan panjang digantung di atas pentas, dan imej bayang seorang penari dipancarkan padanya telah memulakan hasil karya tersebut. Tarian ini diteruskan dengan lebih pergerakan, dan semakin menjalinkan perhubungan di antara penari dan kain merah. Seperti yang diterangkan oleh koreografer dalam risalah program, kreasi ini berkaitan dengan halangan-halangan yang dihadapi dalam kehidupannya sebenarnya telah membentuk siapa dirinya hari ini.

Persembahan diteruskan dengan kreasi Fione Chia, “Abandoned”. Fione yang amat menyayangi anak-anak patung telah menyaksikan banyak anak patung ditinggalkan setelah pemilik-pemiliknya dewasa, atau dikoyak atau dirosakkan. Beliau ingin menerokai pelbagai kemungkinan daripada para penari di mana fungsi bahagian-bahagian badan tertentu mereka dikeluarkan. Tugas dan watak-watak yang berbeza telah diberikan kepada kelima-lima penari beliau: ada yang menari seolah-olah tanpa bahagian kaki dan tangan, ada pula yang mengherotkan muka mereka (dilakukan dengan solekan pada bahagian pipi), atau ada di kalangan mereka pula perlu kekal pada kedudukan yang tertentu sepanjang tarian dipersembahkan.

Satu-satunya persembahan solo yang terdapat dalam acara The Unicorn’s Travelogue telah dikoreograf dan dipersembahkan oleh Japheth Lim. Karya tersebut bertajuk “City in Books”. Sebahagian pentas telah dirias dengan timbunan buku-buku, serta lantainya dipenuhi dengan imej-imej menara dan bangunan pencakar langit yang dihasilkan oleh pereka penataan cahaya, Tan Eng Heng yang bijak. Tarian ini mengenai konflik dalaman koreografer yang hidup di sebuah bandar yang sibuk, sementara mengimpikan sebuah impian yang berbeza untuk kehidupanya.

“The Corner” bermula dengan bunyi cungapan dan sesak nafas. Karya tersebut juga mempunyai satu kesudahan yang unik, dengan bunyi bakkan seekor raksasa, disertai sebuah alat permainan piring terbang yang diterangi dengan lampu LED , berterbangan menyeberangi pentas. Koreografer Lee Choy Wan ingin menangkapkan semula satu perasaan imaginasi seperti kanak-kanak. Karya tersebut menggambarkan kawasan sudut peribadi dalam fikiran koreografer di mana beliau akan berundur ketika mahu melarikan diri daripada dunia. Bermain dengan pelbagai jenis bunyi yang dihasilkan oleh penari, berseiring dengan muzik luar biasa Goh Lee Kwang, para penari bergerak secara berkesinambungan di atas pentas dengan rekaan gerak badan yang unik daripada koreografer.

“Imperfect” telah dicipta oleh Mak Foong Ming. Dengan menggunakan cawan-cawan plastik yang mempunyai saiz dan fungsi yang berbeza, koreografer ingin mementaskan perjalanan kehidupan seseorang insan daripada awal kanak-kanak sehingga ke usia tua, dengan penggunaan botol susu untuk bayi, gelas wain champagne untuk dewasa dan sebagainya. Hasil karya ini mungkin lebih masuk akal kepada penonton yang fasih dalam bahasa Mandarin, kerana sebutan Mandarin bagi tragedi (悲剧) dan alat cawan (杯具) adalah sama sebunyi, iaitu beiju. Alat cawan (杯具) atau beiju merupakan tajuk bahasa Cina bagi repertoir tersebut, dan istilah Cina ini secara tidak rasminya, turut selalu digunakan untuk melambangkan perkara yang lebih cerah dalam realiti. Para penari perlu berhati-hati dalam memanipulasikan cawan-cawan bersama dengan tali yang mengikat kesemua cawan tersebut.

Kreasi yang terakhir dikoreograf oleh saya, yang bertajuk “Silent Raid”. Tarian ini dicipta sebagai tindakbalas terhadap keadaan alam sekitar semasa serta penggunaan jumlah beg plastik yang melampau oleh manusia kini. Kreasi ini dimulakan dengan para penari memenuhi ruang pentas dengan longgokan beg-beg plastik yang telah dikumpulkan semasa proses koreografi. Menari di atas longgokkan beg plastik yang licin merupakan satu cabaran yang besar terhadap barisan penari. Jika anda tertanya-tanya ke manakah semua beg plastik itu pergi, sila yakinlah bahawa beg-beg plastik itu telah dihantar ke stesen kitar semula apabila pasukan produksi mengemas keluar dari panggung.

Produksi tersebut diketuai oleh pengarah artistik, Amy Len, dan penerbit, Samantha Chong, dengan teliti dan cermat. Walaupun barisan penari mempunyai kawalan artistik sepenuhnya ke atas persembahan tersebut, kedua-duanya Amy dan Samantha adalah cemerlang dalam membimbing para koreografer dan penari supaya lebih mendalami hasil karya mereka. Kredit juga harus diberikan kepada pengurus pentas, Jaslyn Niow. Sebelumnya, kumpulan kami tidak pernah mengendalikan persembahan yang memerlukan peralatan pentas yang begitu banyak sekali, dengan buku, cawan, dan beg plastik. Namun mereka tetap memindahkan peralatan-peralatan itu masuk dan keluar dari pentas dengan cekap sekali di bawah pimpinannya.

Apabila Kua Bu Kesembilan sampai ke penghujungnya, marilah kami berharap bahawa Kua Bu Kesepuluh tidak terlalu jauh, malah dilampiri dengan kejutan-kejutan yang indah!

 

Tan Bee Hung ialah seorang penari, pelakon, koreografer dan pengajar tari yang berpusat di Kuala Lumpur. Lebih

Untuk menghubungi penulis:
;

 

 

Foto utama: Angelin Chu and Fione Chia dalam Silent Raid, Black Box, Damansara Performing Arts Centre, Petaling Jaya, 20 November 2014. Foto © Dev Lee

Skip to content