Pada Festival Tari 2014, Januari Low dan Rathimalar Govindarajoo telah mempersembahkan sebuah kreasi yang bertajuk “rehab”. Sekarang, mereka ingin berkongsi inspirasi kreasi mereka, serta dokumentasi berkaitan dengan perkembangan kreasi tersebut.

Esei ini pada asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris.

 

Apabila kami penari berdua – January Low dan Rathimalar Govindarajoo – mula bekerjasama, kami mencadangkan beberapa patah perkataan yang bergema di antara diri kami: Rebirth – kelahiran semula, Renew – pembaharuan, Release – pembebasan, Recover – pengimbangan, Rediscover – penemuan semula. Setiap perkataan bermula dengan pra-kata ‘re’. Apabila perkataan rehab [pemulihan] muncul, kami sedar dengan serta-merta bahawa ia akan menjadi tajuk karya kami.

Kami sedar bahawa kami mahukan karya itu bersifat perlahan tetapi berkuasa dan kami ingin memastikan karya itu rapat berkaitan dengan tajuknya. Kami berminat dengan bagaimana kami melihat diri kami berdua di antara satu sama lain. Kami juga tertarik dengan teori alam-alam semesta yang selari, bahawa mungkin terdapat seorang diri sendiri yang lain yang wujud pada masa ini, dan kami terfikir apa yang akan berlaku jika kedua-dua dunia itu bertemu.

Dalam karya kami, penggunaan nafas adalah penting untuk membentukkan pergerakan organik. Kami mendapati bahawa karya itu sendiri telah mencerminkan rasa aman, tenang, damai, berterapi dan mendalami, dan perasaan tersebut juga kami rasai semasa aktiviti menari. Kami juga memberi tumpuan kepada pengeluaran emosi dari dalaman, sambil melaksanakan pergerakan yang minima.

Walaupun kami tahu bahawa kami harus mempersembahkan karya tersebut semasa Festival Tari ’14, kami tidak terasa tekanan untuk menyiapkan karya itu dalam jangka masa yang tertentu. Kami bersetuju untuk berseronok dan menikmati proses kreatif itu secara keseluruhannya, dan dengan itu kami telah benar-benar berjaya.

Kami telah mendokumentasikan segala perkembangan karya itu secara menyeluruh, dan anda boleh menonton beberapa video, tulisan dan fikiran kami mengenai karya itu semasa ia dicipta melalui pautan berikut.

 

Pautan:

Laman Blog January:
http://www.januarism.blogspot.com/2014/11/the-premiere-of-rehab.html

Saluran YouTube Rathimalar:
https://www.youtube.com/channel/UCc13kW_rYBQPkIpbvnzz4rg

Saluran YouTube January:
https://www.youtube.com/channel/UCmrtaWBetyyWuN8iNUTZiKw

Senarai audio rehab di YouTube:
http://www.youtube.com/playlist?list=PLNTGZ66bNBO9ruY_PzLyeMDFg-2LmxAx3

Wawancara bersama Sharmilla Ganesan, di dalam suratkhabar The Star:
http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Entertainment/Arts/On-Stage/2014/11/12/Rathimalar-Govindarajoo-and-January-Low-dance-their-way-through-rehab/

Foto utama: Rathimalar Govindarajoo dan January Low dalam foto publisiti untuk “rehab”.

 

Rathimalar Govindarajoo ialah seorang penari / koreografer yang berpengalaman lebih daripada dua puluh lima tahun.

Untuk menghubungi Rathimalar:
; danceodyssey.wix.com/rathimalar

 

January Low bercita-cita untuk terus menari untuk mengekalkan tradisi Odissi di Malaysia.

Untuk menghubungi January:
; januarylow.wix.com/januarylow

 

 

Skip to content